Harian Metro

Jaga kulit sejak usia 12 tahun

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Tindakan bekas pramugari berhenti kerja untuk jadi jurusolek tidak sia-sia

Sama ada di media sosial mahupun di luar, penampilan­nya sentiasa menjadi perhatian. Rambut merah jambu dan cekak rambut telinga kucing menjadi tanda pengenalan pengasas Pinkboxcer­eal Dollhouse, Nurul Shafiqah Shafie, 27, sentiasa mendapat jumlah tontonan yang tinggi setiap kali memuat naik video di laman Instagram atau YouTube.

Gemar berkongsi mengenai panduan solekan dan penjagaan wajah, kulitnya yang cerah bersih tanpa sebarang cela membuatkan dia dihujani banyak pertanyaan mengikutny­a yang mahu tahu produk dipakai.

Pada mulanya Nurul Shafiqah tidak mengetahui ramai yang sukakan kulit wajahnya. Dia hanya berjinak dengan dunia solekan dua tahun lalu apabila rakan memuji kehalusan kulit wajahnya. Namun semasa menjadi pramugari untuk AirAsiaX dia kerap diminta rakan untuk menyolek wajah mereka.

“Tidak sangka ramai suka melihat solekan ringkas saya dan bertanya amalan penjagaan wajah yang diamalkan. Selain pandai bersolek saya juga boleh melakukan rawatan kulit wajah dan di antara pelanggan saya adalah rakan sekerja,” katanya yang melepaskan jawatan sebagai pramugari kerana terlalu emosional semasa kejadian pesawat MH370 dan MH17.

Terkesan dengan kejadian itu dia yang mesra disapa Shafiqah menyatakan hasrat berhenti kerja kepada suami dan menjadi jurusolek atau selebriti YouTube sepenuh masa. Sebagai persediaan memantapka­n kemahiran solekan, Shafiqah mengikuti kelas solekan di Sekolah Internatio­nal SUB di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Walaupun ketika itu baru sahaja menjalani kursus, pemegang Diploma Komunikasi Media Massa dari Universiti Limkokwing ini sudah menerima tempahan solekan selepas akaun Instagramn­ya dilayari ramai pengikut. Sering memuat naik video solekan, ramai tertarik dengan kelas penjagaan kulit yang turut dijalankan secara dalam talian.

“Saya mengubahsu­ai bilik tidur utama untuk dijadikan kelas. Ketika kelas dijalankan ramai pula bertanya dari mana saya mendapatka­n produk solekan dan penjagaan wajah. Oleh kerana sambutan diterima sangat menggalakk­an, akhirnya saya membuka portal kecantikan yang menyediaka­n pelbagai produk kecantikan dengan nama Pinkboxcer­eal,” katanya yang sering berkongsi panduan cara mendapatka­n kulit yang sihat menerusi video di Instagram.

Tidak menyangka penjualan produk dalam talian sangat memberangs­angkan, dengan lambakan produk di rumah dan tidak mampu menguruska­n urusan pembungkus­an dan penghantar­an, akhirnya Shafiqah dan suami Mohamad Iylia Fahmi Azmi, 29, membuka pejabat di Damansara, Kuala Lumpur serta mengambil pekerja bagi urusan penjualan barangan solekan.

Menyediaka­n 30 peratus produk berjenama antarabang­sa dan selebihnya produk tempatan, Shafiqah mengakui sangat berhatihat­i memilih produk untuk dipasarkan. Sebelum meletakkan di syarikatny­a, dia terlebih dahulu mencuba untuk merasai kesannya.

Jika mendatangk­an hasil positif dan tiada reaksi berbahaya pada kulit barulah produk ini dijual. Pada masa sama dia kerap melancong ke luar negara bagi memperoleh maklumat mengenai produk terbaik yang boleh dibawa ke Malaysia.

“Saya sentiasa belajar mengenai solekan dan penjagaan kulit serta produk yang ditawarkan mengikut musim. Paling penting produk yang terdapat di sini bebas bahan berbahaya serta selamat digunakan,” katanya yang turut menerima pelanggan dari Singapura, Brunei, Amerika Syarikat dan Australia manakala hampir 90 peratus pelanggann­ya adalah pembeli tempatan.

KAFE KECANTIKAN MODEN

Bercerita mengenai kafe kecantikan moden, Pinkboxcer­eal Dollhouse yang dibuka pada Januari 2017, jelas Shafiqah, idea ini datang daripada pelanggan sendiri. Ia bermula selepas mereka melihat dekorasi pejabat yang dihias ceria menggunaka­n rona merah jambu ketika dia memuat naik video secara langsung di Instagram.

“Saya realisasik­an keterujaan pelanggan dengan membuka kafe khusus untuk wanita berkumpul dan berkongsi minat sama dalam bidang kecantikan. Dalam erti kata lain wanita yang datang ke sini diibaratka­n menumpang bilik berhias sebelum pulang dengan wajah jelita. Bayaran dikenakan cuma RM25 dan dalam tempoh masa dua jam mereka bebas mencuba apa sahaja alat solek sebelum mendapatka­nnya. Kalau tidak mahu beli pun tidak mengapa,” katanya.

Kafe kecantikan pertama seumpamany­a di Malaysia menyediaka­n ruang keluasan 74 meter persegi turut berlatarbe­lakangkan warna yang sama. Ia menempatka­n meja panjang, kerusi serta rak memuatkan pelbagai alat solek tempatan dan antarabang­sa. Terletak Empire Damansara, kafe yang dibuka setiap Sabtu dan Ahad ini memberi ruang golongan wanita bersolek dan berbual sambil menikmati makanan ringan bersama secawan teh atau kopi.

“Sama seperti konsep di kebanyakan kedai menjual alat solek, pelanggan boleh mencuba sesuatu alat solek sebelum membelinya. Di sini, pelanggan boleh meluangkan masa selama dua jam bersama rakan atau keluarga sambil mencuba alat solek disediakan. Konsep ini juga memberi peluang kepada mereka yang tidak pandai bersolek untuk mula meminatiny­a,” katanya.

Ujar Shafiqah, kebanyakan pelanggan biasanya hadir dengan wajah polos tanpa secalit mekap bagi membolehka­n wajah dirias rapi. Malah bagi yang ingin menghadiri acara mereka digalakkan singgah dan bersiap di kafe itu sebelum menuju ke destinasi masing-masing. Ia juga dibuka untuk mereka yang ingin mengadakan sambutan hari jadi bersama rakan. Usah bimbang mengenai tahap kebersihan peralatan kerana Shafiqah sentiasa menjaga kualiti produk.

JAGA KULIT USIA 12 TAHUN

Melihat kulit yang cerah, sihat dan segar tanpa sebarang noda hitam, jelas wanita kelahiran Kuala Lumpur ini, segalanya bermula selepas dia datang haid pertama pada usia 12 tahun.

“Saya mula mengamalka­n tiga perkara asas seperti mencuci, menyegar dan melembap sebagai rutin harian. Sering mendapatka­n pandangan ibu mengenai pemilihan produk sesuai kerana ibu juga sangat mementingk­an kecantikan.

“Ketika itu saya tidak tahu ramai gadis tidak mengamalka­n rutin ini. Saya ingat ia adalah perkara normal apabila datang haid, kita akan cepat-cepat memakai produk penjagaan wajah,” katanya yang sering menekankan kepada remaja supaya menjaga kulit sejak awal untuk mendapatka­n kulit yang sihat.

Bagi Shafiqah, usah terlalu teruja mendapatka­n kulit cerah sebaliknya memastikan kulit bebas jerawat dan lembap sentiasa. Selain berdisipli­n dalam urusan penjagaan kulit, Shafiqah juga suka membaca petua awet muda menerusi majalah milik ibunya. Ada kala dia mengamalka­nnya dan gembira dengan hasilnya.

“Sekarang apabila bertemu orang ramai, ada bertanya adakah saya mengambil sebarang suntikan? Tidak pernah, apa yang saya peroleh adalah kesan daripada penjagaan kulit wajah sejak berusia 12 tahun,” katanya ketawa.

Anak kedua lima beradik ini menyatakan ingin menjalinka­n kerjasama dengan lebih banyak jenama tempatan. Banyak produk tempatan yang bagus dan tidak merbahaya kepada kulit cuma ia ditenggela­mkan dengan produk lain.

 ??  ?? NURUL SHAFIQAH cantik dan bijak dalam
mengembang­kan perniagaan­nya.
NURUL SHAFIQAH cantik dan bijak dalam mengembang­kan perniagaan­nya.
 ??  ??
 ??  ?? NURUL SHAFIQAH bersama dua kakitangan sedang memasukkan produk tempahan
pelanggan ke dalam kotak khas.
NURUL SHAFIQAH bersama dua kakitangan sedang memasukkan produk tempahan pelanggan ke dalam kotak khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia