Harian Metro

Hantar ke pintu rumah pelanggan

-

DARI MUKA H53

Disebabkan anak sulung ketika itu baru berusia lapan bulan Nur Diyana berhasrat menjaga anak sendiri di rumah. Pada masa sama mencari-cari perniagaan yang mampu memberikan pendapatan sampingan.

“Secara kebetulan saya terlihat seorang wanita memuat naik beberapa keping gambar di Facebook yang memaparkan barang basah yang disimpan kemas di dalam bekas untuk kegunaan seminggu. Saya tertarik apabila membaca komen pembaca.

“Ramai meminta agar diwujudkan satu perkhidmat­an penjualan barangan basah yang siap dibersihka­n. Perkara ini saya sampaikan kepada suami namun dia tidak yakin akan berjaya,” katanya yang tekad mencuba kerana percaya akan ada hasilnya.

Perkara pertama dilakukan Nur Diyana adalah membuka akaun Instagram khas Barang Dapur Basah dan mengiklank­an selama dua minggu. Malangnya tiada seorang pun tampil membuat pesanan. Sifat tidak mahu mengalah yang menebal mendorongn­ya mengiklank­an kepada kumpulan berbeza di Facebook.

“Hasilnya saya memperoleh 10 pesanan pada hari itu. Ia memberi semangat untuk saya terus memasarkan barang basah termasuk ayam, udang, ikan dan sotong dengan pakej serendah RM50,” katanya yang menyasarka­n kepada wanita berkerjaya dan suri rumah terutama mereka yang tidak boleh memandu kenderaan sendiri.

Apa yang memberikan kelainan perkhidmat­an ditampilka­n pasangan suami isteri ini agak unik kerana mereka bukan sahaja menyediaka­n keperluan barang basah sebaliknya semua tempahan siap disiang dan dicuci bersih oleh pekerja tempatan sebelum dihantar sehingga ke pintu rumah pelanggan.

“Ia tentunya memudahkan kerja wanita kerana barang dipesan boleh disimpan terus dimasak atau disimpan dalam peti sejuk,” katanya.

KE PASAR SETIAP HARI

Bagi mendapatka­n stok barangan basah yang segar dan berkualiti, jelas Nur Diyana, dia dan suami perlu ke pasar borong setiap pagi. Seawal jam 5 pagi mereka sudah berada di Pasar Borong Selangor bagi mendapatka­n ayam, daging dan makanan laut seperti sotong, kerang, udang serta pelbagai jenis ikan dengan jumlah 200 hingga 300 kilogram sehari.

“Awal-awal dulu memang saya turut ke pasar, tetapi kini dilakukan suami sepenuhnya. Kerja pemprosesa­n seperti menyiang ikan, memotong ayam, membersihk­an sotong dan udang dilakukan dua pekerja. Selepas siap barang basah ini ditimbang mengikut berat yang sama kemudian dimasukkan dalam plastik dan dibekukan,” katanya.

Sambil pekerja

 ?? Nur diyana ?? Setakat ini kami menerima tempahan
daripada pelanggan setia yang mendapatka­n barang basah
secara mingguan. Pelanggan baru juga bertambah
setiap hari RUTIN harian Nur Diyana memproses barang basah.
Nur diyana Setakat ini kami menerima tempahan daripada pelanggan setia yang mendapatka­n barang basah secara mingguan. Pelanggan baru juga bertambah setiap hari RUTIN harian Nur Diyana memproses barang basah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia