Harian Metro

Tauke miang kham

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kunjungan kali pertama ke kediaman wanita ini,

Siti Ruby Mahyah, 40, menyingkap rahsia yang dia seorang penjual miang kham secara dalam talian. Hidangan dari negara jiran ini biasanya disajikan sebagai menu pembuka selera terutama di restoran masakan Thailand.

Selain daun kaduk sebagai bahan utama, miang kham disajikan bersama sos, bawang, kacang tanah, kelapa parut yang digoreng, udang kering, cili padi dan limau nipis. Rasa manis, masam, rangup dan pedas secukup rasa menambah keenakanny­a.

Menurut Siti Ruby, idea menghasilk­an miang kham bermula selepas mendapati banyak pokok kaduk hidup subur di hadapan dan di belakang rumahnya.

Pada mulanya dia hanya menjadikan tanaman ini sebagai penghias halaman dan ‘penyedap’ dekorasi sahaja.

“Suatu hari seorang rakan datang ke rumah dan meminta daun kaduk untuk dibuat miang kham. Selepas merasa, saya mula menggemari­nya. Tidak sangka ramai yang ingin membuat tempahan selepas memuatnaik gambar menerusi Facebook,” katanya yang menetap di Taman Medan, Telok Panglima Garang, Selangor.

Ujar Siti Ruby yang mesra disapa Ruby, walaupun nampak mudah, kesabaran dan ketelitian amat diperlukan bagi menghasilk­an menu istimewa Thailand ini. Dia sendiri mengambil masa beberapa hari mempelajar­i kaedah memotong bahan utama. Mujur sos miang kham diperoleh dari rakan justeru ia tidak menimbulka­n kesukaran memasaknya.

“Paling rumit adalah mendapatka­n kelapa kisar, kerana isinya perlu disangai berjam-jam untuk mendapatka­n aromanya,” katanya.

Menyedari bahan utama miang kham adalah daun kaduk, Ruby memberikan lebih perhatian kepada tanaman ini. Sebab itu di hadapan rumah kelihatan pokok kaduk hidup subur bersama tanaman lain seperti sayur-sayuran herba. Daun kaduk banyak khasiatnya, antaranya merawat sembelit, sakit gigi dan lenguh. Air rebusannya juga elok untuk selesema dan sakit pinggang manakala daunnya yang menghijau seakan-akan sireh sesuai dijadikan ulam.

“Pokok kaduk mudah dijaga asalkan cukup air dan baja. Bagi mengelak serangga, saya hanya menggunaka­n baja dan racun serangga organik. Caranya dengan menggunaka­n pencuci cecair pinggan, kemudian dicampur bawang putih dan cili padi.

“Agar sebati campuran ini dibiarkan seketika sebelum ditambah sedikit air dan disembur ke semua bahagian pokok. Memang ia berkesan kerana semut dan serangga tidak lagi datang menyerang,” katanya yang sangat berhati-hati dalam pemilihan racun perosak kerana mahu mengelak daripada bahan kimia berbahaya. Tambah pula daun-daun herba dimakan mentah dan perlu dijaga daripada tercemar.

Ruby yang mengambil tempahan daripada rakan sekitar mengakui sejak mula diperkenal­kan miang kham sambutan diterima sangat menggalakk­an. Namun disebabkan daun yang dipetik memerlukan masa untuk tumbuh semula dia tidak mempunyai stok yang banyak.

“Disebabkan di belakang rumah turut mempunyai halaman luas saya menanam pokok kaduk bersama tumbuhan herba yang lain,” katanya.

Mulai berkebun sejak mula menetap di sini sekitar 20 tahun lalu, menurut

Ruby ia terhasil dengan bantuan suami. Mengakui mempunyai cita rasa yang sama, Ruby ditugaskan menjaga semua tanaman termasuk menyiram dan memberi baja.

Aktiviti wanita ini bermula selepas bersarapan sekitar jam 8 pagi dan 5 petang. Sambil mengenakan pakaian khas, kasut but, dan topi dia memberikan siraman pertama untuk tanaman di hadapan rumah.

“Selepas selesai barulah saya beralih dengan tanaman di belakang rumah. Antara yang ada ialah tenggek burung, selasih, salam, origano, daun sup, kucai, peria dan tomato. Selain diberikan air dan baja, saya ambil masa seketika untuk meneliti keadaan tanah dan daun agar tiada haiwan lain merosakkan­nya.

“Saya juga gemar membelai dan berbualbua­l dengan tumbuhan ini kerana pokok sama seperti manusia yang mempunyai emosi dan perlu dijaga,” katanya.

Dia yang gemar mengamalka­n ulamulaman, percaya sayursayur­an yang ditanam sendiri mempunyai khasiat yang tinggi. Pucuk tenggek burung dikatakan mengandung­i pelbagai khasiat kesihatan contohnya mencegah serangan darah tinggi dan melancarka­n peredaran darah. Jika dimakan selalu dapat menyegarka­n badan dan menghilang­kan rasa lenguh selepas penat bekerja.

Daun selasih pula dimakan mentah atau daunnya digunakan sebagai penyedap makanan bagi membangkit­kan aroma masakan. Selasih juga mampu mengelakka­n sembelit dan bagus untuk sistem pencernaan.

Sebagai suri rumah sepenuh masa, sejak menanam pelbagai jenis sayuran herba dia dapat mengurangk­an perbelanja­an dapur. Jika ingin memasukkan ke dalam masakan hanya petik sahaja di belakang rumah. Berkongsi rezeki dengan jiran, ada sayuran diberikan kepada rakan terdekat.

“Misalnya daun kaduk saya berikan kepada rakan yang mahir menghasilk­an sos miang kham. Oleh kerana dia tidak menanam herba ini di rumah perkongsia­n rezeki ini mampu mengeratka­n perhubunga­n sesama rakan,” katanya.

Seorang yang cergas dan mementingk­an penjagaan kesihatan, sejak mengamalka­n aktiviti berkebun tubuh semakin sihat dan cergas. Malah dia tidak mempunyai sebarang penyakit merbahaya.

“Ini berkat berbudi pada tanah, serta mengamalka­n makan ulam-ulaman segar setiap hari,” katanya.

 ??  ?? DAUN kaduk yang mempunyai banyak khasiat.
DAUN kaduk yang mempunyai banyak khasiat.
 ??  ?? MENYEDIAKA­N tempahan miang kham di kawasan sekitar.
MENYEDIAKA­N tempahan miang kham di kawasan sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia