Harian Metro

Bantu anak yatim, pelajar tahfiz

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Prihatin dengan nasib anak yatim dan mahu memastikan pelajar di Maahad Tahfiz Akademi Iqra Al-Quran, Sungai Merab Jaya, Kajang, dapat belajar dengan sempurna, syarikat pengurusan acara Intelek Karisma menganjurk­an program Jelajah Flora & Fesyenista 2018 di seluruh negara.

Program jelajah pertama diadakan di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini dengan persembaha­n artis lama dan baru seperti kumpulan Dinamik,

Mus MAY, Samudera,

Cilik i-Band, Dufika, Dreamknigh­t, Arzie dan Anis Aneesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Intelek Karisma, Nor Latifah Shamsol Kamar berkata, festival itu diadakan untuk tahun kedua dengan kerjasama Karl Dinamik.

“Bagaimanap­un, baru tahun ini kami mempromosi­kan festival itu secara aktif dengan harapan matlamat kami untuk membantu anak yatim dan pelajar itu mendapat perhatian dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Kami di Intelek

Karisma mahu golongan kanak-kanak itu mendapat kehidupan dan pendidikan yang sempurna di dunia dan akhirat.

“Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi dengan mereka yang memerlukan. Kami akan terus menganjurk­an program ini pada tahun- tahun akan datang,” katanya.

Jelajah kedua diadakan di Tapak Ekspo Grik, Perak, selama 10 hari yang sudah bermula Jumaat lalu dari jam 10 pagi hingga 12 malam.

Kali ini Intelek Karisma bekerjasam­a dengan Koperasi Komuniti Pekida Perak dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Menurut Latifah, pada setiap festival itu sebanyak 35 gerai dibuka menjual pelbagai barangan seperti anak pokok buah-buahan, baja, pakaian, hijab, makanan dan aksesori pada harga berpatutan. Turut diadakan cabutan bertuah.

Selain persembaha­n daripada artis tanah air seperti Zack Kool juga diadakan Qasidah & Ceramah Perdana.

“Atur cara yang disusun sepanjang berlangsun­gnya festival itu disesuaika­n dengan semua peringkat usia dan pelbagai lapisan masyarakat agar seisi keluarga boleh datang bersama-sama. Saya gembira kerana sambutan di Sungai Besar sangat bagus.

“Ia akan diadakan sehingga hujung tahun ini dan kami sedang memilih lokasi terakhir sebagai kemuncak kepada festival itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NOR Latifah
NOR Latifah
 ??  ?? MUS
MUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia