Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 9 malam SEKALI KU LAFAZKAN CINTA TV3, 6.30 petang BUDAK BOYS TV3, 7 malam TIADA ARAH JODOH KITA TV3, 10 malam MELANKOLIA

Mengisahka­n Hakimi yang berkahwin dengan Nurlisa selepas bersetuju dengan desakan ibu bapa masingmasi­ng yang bimbang mengenai jodoh anak mereka apabila usia semakin meningkat.

Mereka bercinta selepas berkahwin dan bahagia dikurniaka­n seorang anak lelaki bernama Aqil.

Satu hari berlaku kejadian yang tidak terduga apabila Nurlisa jatuh akibat diragut ketika bertemu Alia.

Nurlisa koma untuk tempoh yang panjang. Hakimi berkorban menjaga Nurlisa di hospital dan mengambil cuti tanpa gaji.

Alia berasa bersalah dan sering melawat Nurlisa serta menjaga Aqil. Hakimi menolak cadangan ibu serta mentuanya untuk menjodohka­nnya dengan Alia.

Selepas enam bulan, Nurlisa sedar dari koma dan diberitahu mengenai pengorbana­n dan kesetiaan suaminya.

Dia meminta Hakimi mengahwini Alia sebelum dia meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Pelakon: Arja Lee, Sari Yanti, Leeza Zain, Lia Natalia dan Mak Wan. Kamarul bertemu dengan Majid dan memberi amaran supaya Majid jangan mengganggu ibunya lagi. Kamarul juga memberi amaran kepada Zainab supaya jangan memfitnah dan memburuk-burukkan ibunya lagi.

Pelakon: Nafiz Muaz, Nafiz Zaidi , Ashraf Muslim , Eyra Hazali , Jaja Illiyes dan Aida Khalida Pia ke butik seperti biasa. Dia dikejutkan dengan sambutan ulang tahun oleh Nur dan Saidatul. Ketika mereka sedang bergembira, Aathif muncul lalu membawa Pia keluar makan. Semua orang terkedu.

Pelakon: Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Livonia, Elfaeza Ul Haq dan Erwin Dawson Puan Anita terkejut apabila Mak Jah dan Pak Abu mewakili Tuan Hamid yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Suhana.

Mak Jah dan Pak Abu begitu gembira melihat usaha Tuan Hamid mengambil hati Anita dan menceritak­an kepada Zain.

Pelakon: Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Amir Nafis dan Liza Abdullah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia