Harian Metro

Perangai tak senonoh!

-

Sudah lama atau baru setahun jagung dalam industri seni, itu bukan tiket untuk SS membezabez­akan artis. SS tidak pernah mendiskrim­inasi artis berdasarka­n tempoh pembabitan­nya.

Bagi SS, cukuplah jika artis itu bijak membawa diri tanpa sengaja mencari nahas dengan membuat sesuatu yang boleh mencetuska­n kontoversi. Tak popular pun tak apa, asalkan sikapnya disenangi semua pihak.

Nak dijadikan cerita, SS menolong seorang rakan mengendali­kan sesi fotografi kerana dia kurang sihat. SS sedang duduk di satu sudut menanti artis berkenaan siap berdandan.

Ketika itu, datanglah seorang artis wanita yang pernah menyertai program realiti bersama- sama dua pelakon otai lelaki. Mereka juga hadir untuk sesi fotografi untuk mempromosi­kan produk baru lakonan mereka.

Yang membuatkan SS terkejut apabila si artis wanita itu tertonggen­gtonggeng untuk menyapu ‘foundation’ menutup cela di kaki. Sudahlah pakai ‘dress’ pendek atas lutut, kau pula buat perangai begitu di hadapan dua pelakon itu.

Nasib baiklah masa tunduk tu tidak nampak warna seluar dalam. Apa salahnya kalau gunakan kerusi yang sudah disediakan? Duduk dulu, kemudian sapulah setebal mana pun ‘foundation’ tu kat kaki.

Lebih mengejutka­n apabila artis wanita itu pusing menghadap dinding kemudian menyingkap bajunya kerana ingin membetulka­n pakaian dalamnya. Macam mahu tercabut jantung SS melihat gaya selambanya itu.

Jangan pernah bagi alasan apa yang awak buat itu tidak dilihat oleh orang lain. Dalam studio itu ada bilik disediakan untuk menukar pakaian mahupun membetulka­n apa yang patut. Tidak perlu tergesa-gesa kerana ketika itu ada sesi fotografi untuk selebriti lain. Awak ada masa untuk masuk ke bilik persalinan.

Satu nasihat SS, berhatihat­i dan jangan terlalu selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun mereka mungkin okey, tetapi awak tu wanita. Kena ada rasa malu.

SS: Biar sendu, jangan bodoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia