Harian Metro

Boleh menyanyi lagi ke?

-

Satu ketika dahulu kumpulan ini cukup popular dengan lagu yang mereka nyanyikan. SS sendiri turut meminati beberapa lagu dendangan mereka. Malah, sehingga ke hari ini SS masih mendengar karya mereka menerusi YouTube.

Mendengar khabar mereka akan kembali aktif, SS teruja menantikan lagu baru yang bakal mereka lancarkan.

Bagaimanap­un, SS tertanya-tanya sama ada seorang anggota kumpulan itu masih boleh aktif lagi atau tidak.

Dalam satu majlis, teman SS ada cerita, seorangang­gota kumpulan itu bernafas terlalu kuat hinggakan teman SS yang duduk di hujung meja pun boleh mendengarn­ya dengan jelas.

Dia seolah-olah mempunyai kesukaran untuk bernafas. Senang cerita, dia nampak semput.

SS beranggapa­n dia mungkin kurang sihat. Yalah, kalau kita sendiri yang selesema pun mesti cakap tercungap-cungap dan terpaksa menggunaka­n mulut untuk bernafas.

Bagaimanap­un, teman SS tetap berkeras dia mungkin ada masalah kesihatan berkaitan dengan pernafasan kerana tidak ada pula dia terhinggut-hinggut atau batuk ketika menjawab pertanyaan dari media.

Tidak mengapalah andai benar telahannya, SS harap si penyanyi itu lebih baik menjaga kesihatann­ya atau mungkin perlu bersenam supaya mempunyai stamina ketika mengadakan persembaha­n.

Jangan terlalu ghairah mengejar impian hingga mengabaika­n kesihatan dan jangan pula menafikan berat badan berlebihan turut memberi impak pada nyanyian.

SS: Sakit kepala, banyak sangat kontrovers­i!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia