Harian Metro

Insiden gasak belum terjawab

-

Johor Bahru: Tanda tanya mengenai insiden pergaduhan besar yang dikatakan berlaku di Stulang Laut di sini, kelmarin, masih belum terjawab.

Ini berikutan setakat semalam, belum ada mana-mana pihak yang membuat laporan polis.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan supaya tampil membuat laporan polis.

“Tiada laporan polis diterima. Kita menasihatk­an mana-mana pihak yang terbabit segera membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya semalam.

Sejak pagi semalam, sebuah video berdurasi empat minit 26 saat tular di laman sosial Facebook selepas dimuat naik menerusi FB Media KL 5Zones News di grup Kajang Cheras Balakong BMC BSL [Media KL 5Zones].

Antara lain, ia mendakwa insiden pergaduhan itu berlaku di sebuah kedai makan di Stulang Laut di sini.

Ia kemudian dikongsi orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejadian itu didakwa berlaku kelmarin dan dipercayai membabitka­n pergaduhan sesama rakan.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki berbaju kelabu menjadi sasaran sekumpulan individu, namun cuba dihalang seorang lagi lelaki berbaju merah.

Bagaimanap­un, lelaki berbaju merah itu pula kemudian turut dipukul.

Lelaki berbaju kelabu yang dilihat sudah cedera itu bagaimanap­un masih menggagahk­an diri berdiri dan bercakap dengan individu yang menyerangn­ya sebelum dia berterusan dipukul.

Keadaan menjadi semakin kecoh apabila ada individu yang mungkin cuba membantu tetapi turut dipukul.

 ??  ?? RAKAMAN video viral di grup Kajang Cheras Balakong BMC BSL.
RAKAMAN video viral di grup Kajang Cheras Balakong BMC BSL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia