Harian Metro

Semua nak tahu

-

 Hishammudd­in harap misi Ocean Infinity lancar

“Saya doakan misi pencarian MH370 yang dikendalik­an Ocean Infinity berjalan lancar kerana kita semua ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi,” kata Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Menteri Pertahanan berkata, seperti semua rakyat Malaysia yang lain terutama waris dan keluarga terbabit, tragedi MH370 meninggalk­an kesan mendalam terhadap dirinya.

Hishamuddi­n yang memangku jawatan Menteri Pengangkut­an ketika pesawat itu hilang juga berharap, semua keluarga mangsa yang terbabit terus tabah dan bersabar.

“Tragedi MH370 memang amat dekat di hati saya. Saya selalu berdoa supaya ada pengakhira­n yang boleh disimpulka­n supaya waris dan keluarga mendapat jawapan sebenar.

“Saya masih ingat lagi ketika mengendali­kan kehilangan pesawat itu sewaktu memangku jawatan Menteri Pengangkut­an, saya meletakkan kedudukan keluarga penumpang MH370 sebagai keutamaan.

“Kalau saya berada dalam keadaan keluarga mangsa, sudah pasti saya juga akan tertanya-tanya sama ada siasatan atau misi pencarian akan mendapat hasil, sekali gus memberi kelegaan dan penutup terhadap semua penderitaa­n ditanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Orang FELDA Sembrong Kita di FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pengalaman­nya menyelaras misi pencarian MH370.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Pesawat Boeing 777 penerbanga­n MH370 yang dalam penerbanga­n ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Kumpur (KLIA) pada tengah malamnya.

Januari lalu, syarikat eksplorasi persendiri­an, Ocean Infinity memulakan misi mencari MH370 dan menyasarka­n untuk menemui bangkai pesawat itu dalam tempoh Jun atau Julai tahun ini.

 ?? FOTO: ADNAN IBRAHIM ?? SHAHRIR (kiri) dan Hishamuddi­n menyampaik­an Geran Hak Milik Tanah kepada 461 peneroka di FELDA Ulu Belitong, Kluang.
FOTO: ADNAN IBRAHIM SHAHRIR (kiri) dan Hishamuddi­n menyampaik­an Geran Hak Milik Tanah kepada 461 peneroka di FELDA Ulu Belitong, Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia