Harian Metro

Cemas pak belang berkeliara­n

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Penduduk sekitar Lepar, Gambang, Kuantan,Pahang, mula gusar susulan dakwaan saksi melihat kelibat harimau belang berkeliara­n dan tercegat di bahu jalan.

Harimau belang atau Harimau Malaya dewasa itu didakwa dikesan muncul di Jalan Lepar, Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum saksi berjaya merakam gambar haiwan buas itu.

Gambar harimau itu kemudian tersebar melalui media sosial sebelum pihak Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia (PERHILITAN) segera mengambil tindakan.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi semalam berkata, pihaknya turut dimaklumka­n berhubung penemuan haiwan dilindungi itu di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kakitangan PERHILITAN Pahang sudah dihantar ke lokasi kejadian malam kelmarin dan pagi semalam untuk melakukan pemantauan.

“Satu pasukan khas turut diarah untuk membuat tinjauan di sekitar lokasi harimau itu dilihat muncul.

“Beberapa turut dipasang di kawasan berkenaan bagi mengumpul maklumat selain memastikan jumlah sebenar harimau yang berada di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kadir berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat haiwan dilindungi itu perlu menjauhkan diri serta segera menghubung­i pihak PERHILITAN.

Beliau tidak menafikan isu penerokaan tanah untuk pertanian selain penceroboh­an

 Penduduk Lepar gusar harimau muncul di bahu jalan

hutan menjadi punca hidupan liar kerap ditemui merayau dari habitat asal. Ini termasuk haiwan liar lain seperti tapir, gajah dan babi hutan.

“Ketika ini, dianggarka­n populasi Harimau Malaya adalah antara 250 hingga 340 berdasarka­n kajian dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama NGO seperti WWF-Malaysia, WCS dan MYCAT di tiga habitat utamanya di Semenanjun­g Malaysia meliputi Taman Negara (Pahang, Terengganu dan Kelantan), Belum-Temenggor (Perak) dan Endau-Rompin (Johor),” katanya.

Abdul Kadir berkata, jabatan bersama dengan beberapa kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk mewartakan beberapa kawasan sebagai kawasan perlindung­an khusus untuk pemulihara­an flora dan fauna termasuk Harimau Malaya.

 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n harimau belang berjalan di tepi jalan.
RAKAMAN video menunjukka­n harimau belang berjalan di tepi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia