Harian Metro

Penduduk desak kaji jajaran LRT3

-

Shah Alam: Kira-kira 300 keluarga yang menghuni kawasan perumahan Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini mendesak jajaran LRT3 (GS06) dikaji semula.

Ia berikutan lapan tiang berdiamete­r 1.6 meter untuk jajaran terbabit bakal dibina di atas padang permainan di kawasan perumahan itu.

Tambahan pula, penghuni di situ hanya mengetahui pada 10 Februari lalu mengenai jajaran LRT3 bakal merentasi kawasan perumahan mereka.

Yang Dipertua Persatuan Penduduk Jalan Plumbum 101 dan 103, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, dalam pertemuan itu, penduduk terkejut apabila dimaklumka­n pelan pembinaan diluluskan sedangkan mereka tidak mengetahui­nya.

“Selama ini kami hanya tahu LRT3 akan dibina berhampira­n i-City tetapi tidak tahu lokasinya sehingga pertemuan rasmi itu pada 10 Februari lalu dengan pemilik projek, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), MRCB dan Rahimkon bahawa jajaran LRT3 akan mengambil sebahagian besar padang permainan di kawasan kami ini.

“Lapan tiang itu akan dibina dengan jarak 20 meter dari pagar kediaman kami.

“Pada hari itu juga, setelah diminta, pihak terbabit menunjukka­n maklumat terperinci termasuk pelan pembinaan jajaran di padang permainan ini.

“Apa yang kami kesal, tiada sebarang pendengara­n awam atau pertemuan dengan penduduk yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Lokman bagaimanap­un berkata, penduduk di kawasan perumahan itu tidak pernah menolak pembanguna­n termasuk pembinaan LRT3, namun lokasi jajaran itu perlu lebih sesuai dan tidak mengganggu penempatan penduduk.

“Pandangan dan cadangan setiap penduduk terutama yang tinggal terlalu hampir dengan lokasi perlu diambil kira,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? KAWASAN taman permainan yang akan dijadikan jajaran LRT3.
KAWASAN taman permainan yang akan dijadikan jajaran LRT3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia