Harian Metro

‘Kami tak setuju’

- Siti Nur Mas Erah Amran maserah.amran@bh.com.my

 500 penduduk bantah projek perumahan cerun bukit

Lebih 500 penduduk De Puncak Ukay, Taman Ukay Perdana membantah cadangan projek perumahan kawasan cerun bukit yang dikhuatiri akan mengancam keselamata­n mereka di kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk De Puncak Ukay (DePURA) Zaini Ramlee mendakwa, pembinaan 100 rumah dua setengah tingkat yang bakal didirikan di kawasan yang mempunyai lebih daripada 50 darjah kecerunan berhampira­n kediaman penduduk bakal mengundang masalah pencemaran alam sekitar.

“Difahamkan, projek terbabit sudah mendapat kelulusan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) sejak 2008 namun kerja pembinaan hanya akan bermula selepas Tahun Baru Cina.

“Jika projek itu dilaksanak­an, kedudukan kawasan kediaman kami akan menjadi lebih rendah dan dikhuatiri akan berlaku banjir kilat dan tanah runtuh ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Justeru, kami ambil langkah awal dengan membuat bantahan supaya pihak pemaju lebih peka dengan aspek keselamata­n penduduk di sini,” katanya.

Difahamkan, persatuan akan mendapatka­n khidmat juru ukur tanah bebas untuk mengetahui lebih lanjut berhubung struktur topografi kawasan penempatan sebelum data terbabit dihantar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut.

Penduduk, Datuk Nik Haidi Nik Mohamad berkata, persatuan sudah menghantar surat aduan kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berhubung isu terbabit.

 ??  ?? ZAINI (kiri) menunjukka­n lokasi projek pembanguna­n di cerun bukit Ukay Perdana, Ampang.
ZAINI (kiri) menunjukka­n lokasi projek pembanguna­n di cerun bukit Ukay Perdana, Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia