Harian Metro

MAIWP serah RM3 juta bantu Pusat Katarak

-

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) menyerahka­n peruntukan tambahan RM3 juta kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWPHospi­tal Selayang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Paimuzi Yahya berkata, penyerahan seperti yang diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini, dilaksanak­an selepas mesyuarat bersama pusat pembedahan berkenaan.

Beliau berkata peruntukan tambahan berkenaan adalah bentuk sumbangan dana zakat yang diterima daripada pembayar zakat khususnya di Wilayah Persekutua­n.

“Kita sudah berbincang dengan Pusat Katarak mengenai keperluan tambahan RM3 juta itu.

“Peruntukan tambahan ini pula disalurkan terus selepas mesyuarat selesai,” katanya pada Majlis Kembara Zakat Wilayah Persekutua­n 2018, di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada 19 Februari lalu, Najib melawat Pusat Katarak yang memulakan operasi sejak 16 Jan 2013 mengarahka­n MAIWP menyerahka­n peruntukan tambahan bagi meningkatk­an kemudahan di pusat berkenaan dalam usaha membantu rakyat terutama golongan kurang berkemampu­an.

Sementara itu, kembara MAIWP akan bergerak mengadakan program bersama penduduk setempat dan menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di lima kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangs­a, Titiwangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia