Harian Metro

Belian susu dalam talian

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

 Lazada kukuh keyakinan pelanggan terhadap produk dengan pampasan

Lazada Malaysia, platform e-dagang terkemuka di Malaysia memperkena­lkan Program Jaminan Susu Formula bagi mengukuhka­n komitmen untuk menjamin keyakinan dan kesegaran produk bagi semua unit simpanan stok (SKU) susu formula di platform terbabit.

Untuk melaksanak­an program itu, Lazada Malaysia menjalinka­n kerjasama dengan pengeluar susu formula bereputasi termasuk Abbot, Fonterra Brands, Friesland-Campina, Nestle dan Wyeth.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Christophe Lejeune berkata, langkah terbabit dilihat mampu mengatasi pelbagai halangan utama dalam pembelian susu formula secara dalam talian.

“Secara umumnya, pelanggan bimbang akan sumber, masa penghantar­an dan hayat simpanan produk susu formula ini dan kami ingin memberi keyakinan kepada pelanggan setiap pek susu tepung yang dibeli di platform Lazada mematuhi piawaian tertentu melalui program ini,” katanya pada pelancaran Program Jaminan Susu Formula di sini, semalam.

Program itu menggarisk­an dua aspek utama iaitu kebolehper­cayaan produk di mana semua SKU susu formula diperoleh terus daripada jenama dan pengeluar masing-masing.

Ia turut fokus kepada kesegaran produk di mana semua SKU susu formula mempunyai sekurang-kurangnya tempoh enam bulan sebelum tarikh luput.

Beliau berkata, program itu turut disokong oleh pengurusan rantauan bekalan Lazada Malaysia yang ketat termasuk aspek kebersihan dan cara penyimpana­n Luput Dulu-Keluar Dulu

serta kerjasama dengan rakan logistik pihak ketiga yang boleh dipercayai.

“Kami akan memberi pampasan kepada pelanggan dengan gabungan bayaran balik 200 peratus iaitu 100 peratus pulangan tunai dan 100 peratus pampasan baucar jika polisi jaminan tidak dipatuhi, sekali gus menjadikan kami sebagai platform e-dagang pertama yang memberikan pampasan seumpama ini di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? CHRISTOPHE (empat dari kanan) melancarka­n jaminan pembelian susu formula secara dalam talian yang pertama di Lazada Malaysia.
CHRISTOPHE (empat dari kanan) melancarka­n jaminan pembelian susu formula secara dalam talian yang pertama di Lazada Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia