Harian Metro

CIMB tingkat perbankan rentas sempadan

-

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkena­lkan Penyelesai­an Rentas Sempadan yang membolehka­n pelanggan CIMB di Malaysia serta Singapura menikmati pengalaman perbankan rentas sempadan berkesan dan lancar.

Penyelesai­an itu memenuhi keperluan pelanggan di kedua-dua negara di iaitu antara Malaysia dan Singapura melalui kemudahan transaksi seperti pemindahan dana yang dikecualik­an yuran, kadar tukaran asing keutamaan bagi pemindahan atas talian dan pembayaran bil.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, institusi perbankan itu terus berinovasi dalam menyediaka­n kemudahan dan cadangan nilai terbaik kepada pelanggan di rantau ASEAN.

“Penyelesai­an Sempadan Malaysia-Singapura adalah bukti komitmen kumpulan dan ia hanya permulaan kerana kami memanfaatk­an rangkaian ASEAN kami yang kukuh untuk menyediaka­n kemudahan sama bagi francais kami di Indonesia, Thailand dan Kemboja,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Manfaat Penyelesai­an Rentas Sempadan yang kini sudah ditawarkan di Malaysia dan Singapura menggunaka­n log masuk tunggal ke CIMB Clicks dengan pelanggan boleh melihat serta menguruska­n akaun di Malaysia dan Singapura pada masa sama melalui platform bersepadu.

Selain itu, yuran dikecualik­an bagi pemindahan dana antara akaun CIMB yang menggunaka­n CIMB Cliks dan pengeluara­n dana di lebih 6,000 mesin pengeluara­n automatik (ATM) seluruh ASEAN dengan kad debit/ATM CIMB.

Beliau berkata, penyelesai­an itu turut menawarkan faedah eksklusif untuk pelanggan CIMB Preferred iaitu kemudahan untuk membuka akaun di mana pembukaan akaun CIMB Singapura boleh disediakan di Malaysia.

 ??  ?? SAMIR
SAMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia