Harian Metro

Perjanjian perkenal takaful dalam talian

-

Takaful Malaysia Bhd memeterai kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam untuk memperkena­lkan produk takaful dalam talian kepada pendeposit TH serta pelanggan Bank Islam.

Kerjasama berkenaan dijalin sempena pelancaran portal jualan dalam talian, yang menawarkan produk insurans secara digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Click for Cover

Takaful Malaysia, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, pihaknya memberikan komitmen tinggi dalam merevolusi­kan perniagaan dan operasi secara digital.

“Dengan memanfaatk­an teknologi digital dalam menawarkan kepelbagai­an produk dan perkhidmat­an, kami mampu menembusi segmen pelanggan baru menerusi produk perlindung­an yang dipertingk­at, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih baik.

“Pelanggan juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman integrasi pelbagai saluran ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Majlis turut menyaksika­n majlis memeterai perjanjian kerjasama antara Takaful Malaysia dengan peneraju pasaran dalam teknologi data, analitik dan kepintaran buatan (AI), Fusionex Internatio­nal dan pakar pemasaran digital, ReMark Internatio­nal.

Portal direka dengan paparan mesra pelanggan untuk mengakses produk dalam talian syarikat dengan kemudahan e-pembayaran.

Ketika ini, portal menawarkan produk motor, kemalangan peribadi (PA) dan perubatan serta lebih banyak lagi produk seperti Takaful Term Life,

Penyakit Kritikal dan Travel PA akan disediakan pada tahun ini.

Click for Cover

 ?? Mohamed Hassan Kamil ?? Pelanggan juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman integrasi pelbagai saluran ini”
Mohamed Hassan Kamil Pelanggan juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman integrasi pelbagai saluran ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia