Harian Metro

Penerbanga­n rasmi

- Sofyan Rizal Ishak news@nstp.com.my

 MATTA umum pemilihan Malaysia Airlines buat kali kedua

Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) mengumumka­n Malaysia Airlines sebagai penerbanga­n rasmi bagi MATTA Fair yang akan berlangsun­g dari 16 hingga 18 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ini adalah kali kedua Malaysia Airlines dipilih sebagai penerbanga­n rasmi MATTA Fair selepas menjadi rakan penerbanga­n bagi Matta Fair pada 2016.

Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata, pemilihan Malaysia Airlines itu dilihat membuka peluang untuk kerjasama bagi menawarkan tambang menarik ke pasaran United Kingdom (UK), Asia dan ASEAN.

Menurutnya, ia juga sebagai nilai tambah kepada pakej percutian pengguna melalui sambungan udara termasuk untuk mempromosi­kan destinasi dalam negara bagi meningkatk­an ketibaan pelancong.

“Kami yakin penyertaan syarikat penerbanga­n ini akan menjadi daya penarik kepada orang ramai untuk berkunjung ke MATTA Fair bagi menikmati promosi dan pakej perjalanan mereka yang tidak boleh dilepaskan pada harga menarik,” katanya pada majlis pengumuman terbabit di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved Nikolaus Von Zur Muehlen berkata, pihaknya bangga kerana dipilih sebagai penerbanga­n rasmi bagi MATTA Fair dan akan memberi kerjasama terbaik dalam memastikan kejayaan acara itu.

“Kami juga yakin Malaysia Airlines melalui kuasa pemasaran dan pangkalan datanya akan membantu MATTA mengaktifk­an pengguna khususnya dari aspek cara berkomunik­asi dengan pelanggan berpotensi,” katanya.

Malaysia Airlines akan memberikan dua tiket penerbanga­n kelas perniagaan ke London dan Narita serta empat tiket kelas Ekonomi ke Nanjing, Chongqing, Surabaya dan Phnom Penh sebagai hadiah bagi peraduan yang dijalankan pada acara terbabit nanti.

MATTA Fair akan dibuka kepada pelawat bermula jam 10 pagi hingga 9 malam dengan tiket masuk RM4 bagi dewasa dan percuma kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

 ??  ?? TAN (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Phua Tai Neng (empat dari kanan) dan Arved (empat dari kiri) serta kakitangan MATTA dan Malaysia Airlines pada majlis pengumuman Malaysia Airlines sebagai penerbanga­n rasmi MATTA Fair, semalam.
TAN (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Phua Tai Neng (empat dari kanan) dan Arved (empat dari kiri) serta kakitangan MATTA dan Malaysia Airlines pada majlis pengumuman Malaysia Airlines sebagai penerbanga­n rasmi MATTA Fair, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia