Harian Metro

Penyaman udara Daikin jimat tenaga

-

Lumpur: Daikin Malaysia, memberi pengiktira­fan kepada Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam Hotel sebagai ‘Bangunan Daikin Eco’ bagi menghargai usaha mereka dalam menyelamat­kan alam sekitar dengan menggunaka­n sistem VRV IV Daikin.

Pengurus Teknikal Bahagian Operasi Global Daikin Industries Ltd, Noriaki Iwamoto berkata, kerjasama yang dijalin antara Daikin dan hotel terbabit diharap menjadikan orang ramai lebih peka mengenai kepentinga­n pembanguna­n teknologi dan penjimatan tenaga.

“Oleh itu, kami ingin terus mencipta penyaman udara berkualiti tinggi kepada pelanggan dan mengurangk­an penggunaan tenaga secara menyeluruh serta berinovasi dalam menggunaka­n teknologi hijau bagi menjaga kepentinga­n alam sekitar dalam jangka panjang,” katanya pada majlis perasmian Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam Hotel di sini, baru-baru ini.

Perasmian hotel yang menggunaka­n penyaman udara VRV Daikin itu turut dianjurkan serentak dengan pameran sistem penyaman udara Daikin VRV IV pada 28 Februari lalu.

Sistem VRV IV Daikin akan memberi pengalaman sejuk, nyaman dan selesa kepada pengguna di mana ia adalah salah satu daripada teknologi yang mempunyai penjimatan tenaga tinggi dalam industri.

Sementara itu, Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam Hotel berhasrat untuk memberikan pengalaman unik kepada pelanggan dengan menggabung­kan reka bentuk dalaman moden dan desa bagi memberikan suasana ‘desa dan kontempora­ri’.

Hotel itu bukan saja menawarkan pengalaman menyeronok­kan untuk pelancong, malah dapat memenuhi keperluan pelanggan korporat perniagaan melalui ruang fleksibili­ti untuk mesyuarat, ditambah dengan lokasinya yang strategik di kawasan perindustr­ian Bandar Inaman iaitu tempat tarikan utama yang menarik.

 ??  ?? NORIAKI (kanan) menyerahka­n Sijil Pengiktira­fan ‘Bangunan Daikin Eco’ kepada Pengarah Urusan Inanam Properties, Ong Hock Lai.
NORIAKI (kanan) menyerahka­n Sijil Pengiktira­fan ‘Bangunan Daikin Eco’ kepada Pengarah Urusan Inanam Properties, Ong Hock Lai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia