Harian Metro

Kereta berbadan ais boleh dipandu

-

Novosibirs­k (Russia): Seorang peminat kereta dan pengukir ais berjaya membina kenderaan pacuan empat roda jenis Mercedes G-Class yang boleh dipandu di jalan raya menggunaka­n blok ais yang disambung pada kerangka besi serta enjin.

Vladislav Barashenko­v yang juga hos saluran YouTube Garage 54 memperkena­lkan kenderaan luar biasa itu baru-baru ini sebelum ia tular di internet.

Barashenko­v memberitah­u, seorang pengukir air membuat badan kenderaan Mercedes G-Class sebelum diletakkan di atas kerangka sebuah kenderaan pacuan empat roda lama.

Menurutnya, kenderaan itu mampu bergerak seperti kereta biasa di atas jalan rata tetapi tidak boleh menempuh laluan berbonggol kerana bimbang badan ais retak.

Dia turut memasang lampu LED pelbagai warna pada kenderaan itu supaya ia kelihatan lebih menarik.

Barashenko­v berkata, dia sering melihat pengukir ais membuat pelbagai model kereta menggunaka­n bongkah ais dan ia kelihatan amat menakjubka­n.

“Saya terfikir bolehkan mereka membuat kereta diperbuat daripada ais yang boleh bergerak seperti kenderaan biasa,” jelasnya.

Barashenko­v terkenal membina kenderaan luar biasa dan sebelum ini mendapat liputan media selepas membina kereta berkepala tiga.

Dia juga pernah mencipta kereta menggunaka­n kasut sebagai tayar dan kereta kebal menggunaka­n bahagian daripada dua kereta kecil. Agensi

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG wanita tertarik dengan kereta ais itu yang mengeluark­an pelbagai warna menarik. - Agensi
SEORANG wanita tertarik dengan kereta ais itu yang mengeluark­an pelbagai warna menarik. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia