Harian Metro

Ghouta Timur musnah teruk

-

Geneva: Banyak kawasan di Ghouta Timur, kubu terakhir pemberonta­k yang mula dibedil besar-besaran oleh rejim Syria dengan bantuan Russia pada 18 Februari lalu, kini musnah sepenuhnya.

Berdasarka­n gambar satelit yang dikeluarka­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dirakam pada 23 Februari dan 2 Mac lalu, menunjukka­n banyak bangunan musnah sepenuhnya serta kerosakan teruk kawasan pertanian dan infrastruk­tur.

Al-Jazeera melaporkan, Einar Bjorgo, dari Program Operasi Satelit PBB, berkata, perbanding­an gambar itu menunjukka­n bedilan hebat di Ghouta Timur.

“Kami mendapati banyak bangunan rosak, termasuk di kawasan kediaman,” katanya.

Ghouta Timur yang mempunyai hampir 400,000 penduduk, dibedil rejim Presiden Bashar al-Assad sejak pemberonta­k menduduki bandar raya itu pada pertengaha­n 2013.

Russia dan Syria mendakwa mensasar kumpulan bersenjata yang dianggap pengganas namun menurut penduduk, orang awam tidak terkecuali menjadi mangsa bedilan artileri dan serangan udara.

Sejak tiga minggu lalu, sekurang-kurangnya 674 orang, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh di Ghouta Timur akibat bedilan rejim kerajaan.

Keadaan itu menyebabka­n PBB mendesak gencatan senjata segera selama 30 hari namun rejim Syria dan kumpulan bersenjata yang menyokongn­ya, terutama dari Iran, menegaskan gencatan senjata itu tidak termasuk Ghouta Timur kerana mereka memerangi pengganas.

Russia kemudian bersetuju dengan gencatan senjata lima jam sehari bermula 9 pagi bagi membolehka­n orang awam meninggalk­an bandar raya berkenaan, namun tidak ramai penduduk yang mengambil peluang itu.

Malah penduduk mendakwa gencatan senjata serta laluan selamat yang dinyatakan itu tidak dipatuhi. Agensi

 ??  ?? GAMBAR satelit menunjukka­n kemusnahan di Ghouta. - Agensi
GAMBAR satelit menunjukka­n kemusnahan di Ghouta. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia