Harian Metro

Masjid UK buka pintu

- Agensi

Masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland membuka rumah ibadat itu untuk golongan gelandanga­n berlindung daripada cuaca sejuk melampau yang melanda Eropah sekarang.

Eropah, termasuk UK dilanda cuaca sejuk melampau akibat tiupan angin Siberia dan Taufan Emma menyebabka­n pihak berkuasa mengeluark­an isyarat merah di barat daya England serta selatan Wales untuk salji - tahap amaran tertinggi, manakala seluruh UK, isyarat kuning dan jingga.

Cuaca sejuk itu menyebabka­n lebih 60 orang maut, sebahagian besarnya gelandanga­n.

Pemegang amanah Masjid Makki di Manchester, Rabnawaz Akbar, berkata, berikutan keadaan cuaca yang sangat sejuk, pihaknya memutuskan melakukan sesuatu unutuk membantu mereka yang memerlukan.

Menurut laporan media Britain dan Al-Jazeera, sejak beberapa hari lalu, sukarelawa­n berkhemah di luar masjid bagi menyediaka­n makanan dan tempat tinggal kepada gelandanga­n di bandar raya berkenaan.

Masjid juga menyediaka­n kemudahan tempat mandi kepada mereka yang tiada tempat tinggal, malah pemandu teksi diminta menghantar gelandanga­n ke masjid dengan tambang ditanggung tabung masjid.

Al-jazeera melaporkan, Rabnawaz berkata, gelandanga­n di Manchester semakin meningkat.

“Langkah penjimatan kerajaan sejak lapan tahun lalu menyebabka­n tiada lagi perkhidmat­an sokongan yang diperlukan orang ramai.

“Keadaan itu menyebabka­n mereka terpaksa tidur di merata tempat. Sebahagian mempunyai masalah kesihatan, mangsa keganasan rumah tangga, penagih dadah atau pelarian yang tiada dokumen,” katanya.

Seorang lelaki dikenali sebagai Jamie, seorang daripada empat gelandanga­n yang menumpang di masjid berkenaan sejak Khamis lalu, berkata: “Saya penagih dadah dan tidak pernah masuk masjid.

“Namun, tiba-tiba seorang lelaki datang dan berkata, “Anda tiada tempat tinggal, mahukah anda bermalam di masjid?

“Mereka membuatkan saya berasa amat dialu-alukan dengan memberi makan dan minum, sesuatu yang majlis perbandara­n tidak berikan kepada kami.”

Masjid Besar Leeds, Masjid Oldham, Masjid Finsbury

 Sedia tempat tidur, makanan untuk gelandanga­n diancam cuaca sejuk melampau

Park, Masjid Canterbury dan Masjid Clonskeagh di Dublin turut membuka pintu kepada gelandanga­n.

“Kami mengerah sukarelawa­n bertugas pada waktu malam agar mereka yang memerlukan mendapat kehangatan mencukupi dalam bangunan, terutama pada lewat malam,” kata ketua kebajikan masyarakat di Pusat Kebudayaan Islam Ireland, Summayah Kenna kepada radio 98FM Dublin.

 ??  ?? JAMIE gelandanga­n yang berlindung di Masjid Makki, Manchester. - Twitter@RabnawazA
JAMIE gelandanga­n yang berlindung di Masjid Makki, Manchester. - Twitter@RabnawazA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia