Harian Metro

Azizulhasn­i demam kecewa

 Jurulatih sifatkan insiden jangkitan virus menimpa jaguh keirin sebagai pengajaran

- Azlan Muhammad Zain sukan@hmetro.com.my

Ketua jurulatih negara, John Beasley menyifatka­n insiden jangkitan virus yang menimpa jaguh lumba basikal negara, Azizulhasn­i Awang sebagai satu pengajaran untuk lebih berwaspada pada masa akan datang.

Kondisi badan pelumba yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu tidak berada pada tahap terbaik sebelum turun beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Trek Dunia, Apeldoorn, Belanda minggu ini, selepas mengalami demam, batuk, sakit otot dan pedih tekak.

Azizulhasn­i difahamkan cuba untuk pulih sepenuhnya menjelang kejohanan termasuk mengambil vitamin, rehat yang cukup dan sebagainya, namun tidak mampu mencapai kembali tahap kecergasan yang diperlukan.

“Saya tidak pasti sama ada dia terkena jangkitan semasa di lapangan terbang, di dalam pesawat, cuaca sejuk atau di tempat lain. Namun, punca sebenar sudah tidak penting, cuma saya berharap kami dapat belajar untuk menguruska­n diri lebih baik selepas ini.

“Saya berharap kami dapat memulihkan prestasiny­a kembali ke landasan tepat, secepat mungkin sebaik tiba di Malaysia dengan cuaca yang panas bagi persiapan akhir ke Sukan Komanwel pada awal bulan depan.

“Walaupun tempoh singkat, saya yakin ia mencukupi untuk mengembali­kan prestasi kompetitif seperti di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) bulan lalu,” katanya.

Pelumba kelahiran Terengganu berkenaan melakar rekod baru Asia ketika aksi kelayakan pecut individu di ACC.

Bagaimanap­un, hasrat Azizulhasn­i untuk mempertaha­nkan gelaran juara keirin dunia tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan repechage, manakala dalam saingan pecut individu, dia turut tersingkir seawal pusingan pertama apabila bertemu pelumba paling pantas di aksi kelayakan, Jack Carlin dari Great Britain.

“Kempen di Belanda berakhir kekecewaan namun ia berlalu. Kami tidak boleh mengubahny­a namun boleh mengawal masa depan. Itu yang akan kami beri perhatian,” kata Azizulhasn­i.

 ??  ?? BEASLEY bersama Azizulhasn­i di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ATC) 2018.
BEASLEY bersama Azizulhasn­i di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ATC) 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia