Harian Metro

Positif latihan ala komando

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

24 pemain sepak takraw siap sedia hadapi ISTAF

Kejohanan Piala Dunia Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF) di Teheran, Iran pada April depan bakal jadi medan menguji kekuatan skuad negara menghadapi Sukan Asia 2018 nanti.

Justeru, seramai 24 pemain membabitka­n pemain senior dan pelapis bakal melaporkan diri untuk menyertai kem latihan di Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said, Seremban pada 12 Mac ini.

Ketua jurulatih kebangsaan, Abdul Talib Ahmad berkata, ketika ini seramai 20 pemain giat menjalani latihan ‘ala komando’ di Kem Pasukan Khas Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bukit Jugra, Selangor selama sebulan bermula 4 Februari lalu.

Katanya, mereka akan bercuti tiga hari sebelum melaporkan diri kembali di kem latihan pusat pada 12 Mac ini.

“Kami berharap latihan ala komando ini mampu membantu membentuk semangat jati diri dan kerjasama erat dalam kalangan pemain bagi menghadapi pelbagai kejohanan dengan sasaran utama menang emas Sukan Asia Jakarta 2018.

“Saya juga yakin latihan ala komando dan kem latihan berpusat dapat membantu pemain meningkatk­an mutu dan ketajaman permainan apabila mereka keluar bermain nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, 10 pasukan termasuk Malaysia, Thailand dan tuan rumah, Iran bakal menyertai Kejohanan Piala Dunia ISTAF di Teheran yang bakal mempertand­ingkan pelbagai acara termasuk regu, beregu dan quadrant.

Sebelum ini, skuad kebangsaan terpaksa berpuas hati membawa pulang perak selepas tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi final di Hyderabad, India, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia