Harian Metro

Hafizh gembira kekal rentak konsisten

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

rana mengesyork­an saya kepada Racing Club sebelum saya dimaklumka­n oleh Gobi (Iman Gobinathan).

“Bukan mudah mendapat peluang bermain dengan kelab yang beraksi dalam EHL. Jadi saya bersedia memberikan terbaik. Lagipun ini cara terbaik bagi saya mengekalka­n bentuk fizikal saya,” katanya.

Sebagai rekod, RCF juara bertahan Liga Hoki Perancis dengan pencapaian terbaik pada kempen EHL adalah mara ke suku akhir bagi musim 2016/2017.

Selain RCF, saingan EHL musim ini dibanjiri pasukan handalan Eropah seperti SV Kampong, KHC Dragons (Belanda) dan juara bertahan, Rot-Weiss Koln dari Jerman.

Namun ia bukan masalah besar buat Rashid untuk menyesuaik­an diri di Eropah kerana sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Divisyen Dua Jerman bersama HTC Shwarz-Weiss Neuss pada 2015. Kuala Lumpur: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menutup tirai ujian rasmi selama tiga hari di Qatar, dengan berada di tangga ke-16 keseluruha­n, awal pagi semalam.

Hafizh yang menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini, berjaya mempamerka­n tunggangan menarik di Litar Antarabang­sa Losail dengan mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 55.273 saat.

Pelumba berusia 23 tahun itu hanya ketinggala­n 1.244s daripada pendahulu keseluruha­n yang juga rakan sepasukan, Johann Zarco, 1:54.029s.

“Saya sangat gembira dengan hari terakhir ini,” katanya.

“Saya tidak jangka dapat menunggang di bawah 55 saat dan mengekalka­n rentak secara konsisten.

“Terima kasih kepada kru Tech3, mereka melakukan tugas yang bagus. Kami berusaha gigih cuba merapatkan jurang kedudukan dengan kelompok depan.

“Jujurnya, hari ini mengejutka­n saya. Saya yakin meskipun saya melakukan sedikit kesilapan ketika perlumbaan simulasi.

“Namun kami pantas memahaminy­a dan tahu apa perlu dilakukan pada perlumbaan akan datang. Saya sangat teruja, terima kasih sekali lagi kepada pasukan, penaja dan juga penyokong, mereka sangat menakjubka­n.”

Hafizh akan memulakan perlumbaan pertamanya dalam kancah kelas perdana di litar sama pada 16 hingga 18 Mac ini.

 ??  ?? HAFIZH
HAFIZH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia