Harian Metro

‘Kami sokong!’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

 Pemain, jurulatih sambut baik keputusan BAM wujud peraturan baru elak atur perlawanan

Barisan pemain dan jurulatih memberi sokongan penuh terhadap keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahu mewujudkan peraturan baru bagi membantera­s kegiatan mengatur perlawanan di peringkat kebangsaan.

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei berkata,

BAM mengambil langkah tepat kerana kegiatan tidak bermoral itu akan merosakkan imej sukan badminton negara jika tidak diperangi habis-habisan.

“Saya memang setuju dengan tindakan BAM kerana kegiatan mengatur perlawanan ini sesuatu yang perlu dibendung dan ia merosakkan imej sukan badminton.

“Tidak dinafikan wang memang penting, tetapi ia perlu datang daripada jalan yang betul dan bukannya dengan cara mengatur perlawanan. Kita perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Jika kita bagus, kita tidak perlu susah-susah cari duit sebaliknya duit yang akan cari kita. Penaja akan datang untuk menaja kita,” kata pemain nombor dua dunia itu.

Kelmarin, ahli selepas mesyuarat majlis. BAM

memaklumka­n mereka akan mewujudkan satu peraturan baru bagi membantera­s kegiatan mengatur perlawanan dalam kalangan pemain negara yang boleh membawa kepada hukuman digantung seumur hidup jika didapati bersalah.

Ahli Jawatankua­sa Peraturan dan Disiplin BAM, Jadadish Chandra berkata, pihaknya akan membentang­kan cadangan peraturan baru itu untuk mendapat kelulusan ahli majlis badan induk, sekali gus akan diguna pakai di peringkat kebangsaan.

Ia susulan selepas sukan badminton negara dikejutkan dengan dua pemain profesiona­l Malaysia digantung sementara oleh Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berkata, lebih elok jika hukuman maksimum dikenakan ke atas pemain yang didapati bersalah iaitu gantung seumur hidup.

“Ia bagi memberi pengajaran kepada pemain untuk tidak terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan. Macam kami yang berada di bawah naungan BAM, kami disediakan tempat tinggal, makan, minum dan elaun, jadi tidak ada alasan untuk pemain terbabit dengan kegiatan seperti ini,” kata Iskandar yang muncul juara kebangsaan 2018, semalam.

 ??  ?? ISKANDAR Zulkarnain
ISKANDAR Zulkarnain
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia