Harian Metro

Bendahara gah pertahan kejuaraan

- Zul Ikhwan Muhammad sukan@hmetro.com.my

Mersing: Menakjubka­n! Itu ungkapan paling sesuai diberikan kepada pasukan rumah Bendahara apabila gah mempertaha­nkan kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut di Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Husin, Endau kali ke-37 yang berakhir, kelmarin.

Pada kejohanan itu, rumah Bendahara mengumpul 23 emas, 16 perak dan 14 gangsa manakala pesaing terdekat, rumah Laksamana yang juga naib juara edisi lalu, menduduki tempat kedua dengan 20 emas, 19 perak, serta 10 gangsa.

Pasukan rumah Temenggong yang mengutip 11 emas, 18 perak serta 16 gangsa menduduki tempat ketiga manakala rumah Panglima di tangga keempat selepas mengumpul 9 emas, 19 perak dan 12 gangsa pada kejohanan yang dirasmikan Yang Dipertua PIBG sekolah, Sulong Khaled.

Bagaimanap­un, kedukaan rumah Laksamana sedikit terubat apabila atletnya, Muhammad Fazrizan Izani Mohd Fazrul, 17, diumumkan sebagai olahragawa­n manakala Nur Aisyah Omar, 17, muncul olahragawa­ti.

Ketua rumah Bendahara, Marlina Abdol, 43, berkata, pencapaian berkenaan sungguh menggembir­akan dan beliau berharap kecemerlan­gan itu akan diteruskan atlet pelapis selepas ini.

Beliau berkata, kejayaan itu bukan bersifat individu tetapi hasil kerjasama dan disiplin latihan yang diterapkan guru-guru serta atlet sendiri.

Sementara itu, Aisyah yang ditemui turut melahirkan rasa teruja selain terkejut dengan pencapaian­nya menggondol empat emas menerusi acara 100m, 400m, 4 x 100m dan 4 x 400m.

“Sungguh gembira kerana ini tahun terakhir saya di sekolah dan ia berakhir dengan pencapaian gemilang. Kenangan manis ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila malah saya akan melakukan yang terbaik untuk mengharumk­an nama sekolah dalam kejohanan di peringkat daerah nanti,” katanya.

 ??  ?? ATLET pasukan rumah Bendahara meraikan kejayaan mempertaha­nkan kejuaraan.
ATLET pasukan rumah Bendahara meraikan kejayaan mempertaha­nkan kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia