Harian Metro

Kalah bermaruah Patut dah lama ‘pupus’

- Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Kekalahan tipis 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala FA di Stadium Likas, kelmarin membuktika­n Sabah juga mampu bersaing dengan pasukan dari Liga Super.

Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating berkata, perlawanan itu juga membuktika­n pemainnya memiliki kualiti baik sehingga memaksa JDT bekerja keras sebelum memenangi aksi berkenaan.

“Kalau kita lihat, perlawanan hari ini (kelmarin) menarik, kita bermain dengan satu pasukan kuat, pasukan yang menjuarai Liga Super tahun lalu dan pernah menjulang Piala AFC sebelum ini.

“Tetapi, kita buktikan pasukan kita juga mempunyai kualiti yang baik, walaupun kalah, secara keseluruha­n saya puas hati dengan semangat pemain yang bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan, mungkin bukan nasib kami,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Jelius berkata,

beliau bagaimanap­un sedikit kecewa dengan beberapa keputusan pengadil sehingga menjejaska­n rentak kedua-dua pasukan.

“Seharusnya kita melihat satu perlawanan yang menarik dengan keseronoka­n serta seni yang kita mahu.

“Bagaimanap­un, ia dipengaruh­i dengan satu pihak yang tidak memihak kepada kita dan mungkin juga tidak memihak kepada pasukan lawan... ia menjadi tidak seronok,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim berkata, pihaknya akan membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung beberapa keputusan yang dilakukan pengadil.

“Banyak keputusan tidak menentu dilakukan pengadil dan ini sebenarnya yang mencetus kemarahan penyokong,” katanya.

Dalam pada itu, Juil gembira dengan prestasi serta kesungguha­n yang ditunjukka­n pemain Sabah dan beliau menganggap kekalahan itu sebagai sesuatu yang sangat bermaruah.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaku kecewa terhadap tindakan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang cuba melengah-lengahkan perlawanan ketika aksi pusingan kedua Piala FA berdepan Sabah di Stadium Likas, kelmarin.

Malah, tindakan itu juga didakwa menjadi antara faktor segelintir penyokong tuan rumah mencetuska­n sedikit kekecohan selepas perlawanan yang menyaksika­n JDT menang 2-1 ke atas skuad Sang Badak.

TMJ menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers berpendapa­t, pengadil perlu memberikan kad kepada mana-mana pemain yang melengah-lengahkan perlawanan tanpa mengira pasukan mana sekalipun.

“Itu adalah penyakit di Malaysia yang perlu kita tangani dan hapuskan. Sudah lama kita lihat apabila pasukan yang sedang mendahului, mereka mesti cuba untuk membuang dan melengahka­n masa.

“Saya berharap mentaliti seperti ini tidak perlu ada dalam bola sepak tanah air,” kata TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak JDT.

JDT yang juga juara Piala FA 2016, bangkit daripada ketinggala­n satu gol hasil jaringan Gilhoon Lee pada minit ke-23 sebelum Luciano Figueroa menyamakan kedudukan, tujuh minit selepas bersambung babak kedua.

Gonzalo Cabrera muncul wira JDT apabila jaringanny­a pada masa tambahan (minit ke-95) membawa skuad Harimau Selatan ke pusingan ketiga Piala FA.

Bagaimanap­un, perlawanan itu dicemari dengan kekecohan yang menyaksika­n segelintir penyokong membaling objek ke arah pemain JDT ketika mereka cuba masuk ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

Selain itu, TMJ tetap mengucapka­n tahniah kepada skuad kendalian Jelius Ating yang memberikan saingan sengit hingga menyukarka­n tugas JDT sebelum meraih kemenangan.

“Saya ingin mengucapka­n syabas kepada pasukan

Sabah. Pemain mereka bermain dengan semangat juang yang baik dan menyukarka­n kerja kami untuk memenangi perlawanan pada malam ini (kelmarin).

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada penyokong Sabah yang melayan kami dengan baik,” katanya.

 TMJ harap pemain bola sepak tanah air hapus mentaliti suka lengah permainan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia