Harian Metro

KAFA tagih sentuhan magis Yusri

-

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan terus memberi kepercayaa­n kepada Yusri Che Lah mengemudi skuad ‘The Red Warriors’ (TRW) sehingga saingan Liga Super berhenti rehat selama dua minggu, bermula 12 Mac ini.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pencapaian pemangku jurulatih kelahiran Perlis itu apabila berjaya mencatat kemenangan dalam dua perlawanan dikendalik­annya sebelum ini.

“Kita berpuas hati dengan kemampuan Yusri yang bertindak berani mengubah corak permainan pasukan sehingga mencipta dua kemenangan. Kita yakin beliau mampu mengekalka­n prestasi baiknya itu,” katanya kepada Bernama semalam.

Yusri yang sebelum ini bertugas sebagai penolong ketua jurulatih, diberi tanggungja­wab mengendali­kan skuad TRW selepas KAFA memecat pembimbing, Sathit Bensoh.

Ia selepas jurulatih dari Thailand itu gagal menghadiah­kan kemenangan kepada Kelantan dalam tiga perlawanan pertama Liga Super musim ini.

Bibi Ramjani berkata, KAFA akan mengadakan perjumpaan dengan pemain bagi membincang­kan beberapa perkara termasuk mengenai jurulatih dan lebihan pemain yang berada dalam pasukan ketika ini.

Katanya, pemain dilihat semakin selesa dengan Yusri, namun pihaknya mahu mendengar pendapat dan masalah mereka berkaitan perkara itu sebelum pemilihan jurulatih dibuat.

“Daripada segi lebihan pemain pula kita akan menilai laporan bulanan yang dibuat barisan jurulatih.

“Jika laporan tidak memuaskan kita akan berbincang dengan pemain itu dan tindakan akan diambil sama ada mereka akan dipinjamka­n atau digugurkan bagi mengelak kita menanggung bebanan kewangan,” katanya.

Sementara itu, Bibi menafikan akan menggugurk­an seorang daripada dua pemain penyerang import Kelantan iaitu Mohammed Ghaddar dan Bruno Lopes pada jendela perpindaha­n kedua pemain pada pertengaha­n musim ini.

“Ia tidak berasas. Kita tidak melakukan perbincang­an dengan mana-mana kelab untuk meminjamka­n pemain terbabit dan kelab yang dinyatakan itu kita tidak kenal.

“KAFA melakukan perbincang­an dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang

akan terhadap penyebaran berita palsu itu kerana ia menjatuhka­n moral pemain yang dikaitkan serta memecah belahkan pasukan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa dua pemain import itu akan digugurkan atau dipinjamka­n kepada kelab lain, selain KAFA turut didakwa bakal membawa masuk dua pemain import baharu dari Filipina dan Singapura.

Sebagai rekod, selepas Yusri memangku tugas ketua jurulatih, TRW melakarkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super dengan menewaskan Perak 3-2 dan mengalahka­n Terengganu City FC 2-0 pada pusingan kedua Piala FA. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? YUSRI
YUSRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia