Harian Metro

TFC puas benam PJ Rangers FC

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pemain Terengganu FC (TFC) gembira dan berpuas hati selepas berjaya melepasi pusingan kedua saingan Piala FA dengan menundukka­n PJ Rangers FC, petang kelmarin.

Walaupun bukan ujian sebenar, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu tetap menganggap kejayaan membenam cabaran PJ Rangers 4-0 itu sebagai sangat bermakna sebelum mereka berdepan ujian getir bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Pemain tengah, Abdul Latiff Suhaimi berkata, walaupun kemenangan bagaikan sudah dijangka sebelum bertemu skuad Liga FAM itu berdasarka­n prestasi semasa, kejayaan meledak empat jaringan adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

“Alhamdulil­lah kerana kami dapat kekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Kejayaan ini pasti memberi suntikan semangat buat kami untuk merekod kemenangan apabila bertemu JDT nanti.

“Selain itu, sebagai pasukan tunggal dalam saingan Liga Super yang belum tewas lagi, kami juga berazam untuk kekalkan rekod cemerlang bukan hanya dalam aksi keempat liga saja,” kata Latiff.

Mengulas lanjut, Latiff yang pernah memegang tugas sebagai kapten skuad Penyu musim lalu memuji sikap jurulatih kerana tidak pernah ambil mudah dengan pasukan lawan walaupun bertaraf liga amatur.

“Kemenangan ini hasil usaha keras dan aksi berpasukan rakan selain sikap jurulatih yang mahukan kami menghormat­i lawan dan memperagak­an aksi lebih 100 peratus serta tidak pandang mudah keupayaan lawan.

“Justeru, aksi pada Sabtu ini... siapapun yang bakal disenaraik­an jurulatih, yang penting harus menunjukka­n komitmen dan semangat juang tinggi apatah lagi beraksi di laman sendiri,” kata Latiff yang mahukan rakan sepasukan mengekalka­n prestasi terbaik dalam setiap perlawanan.

 ??  ?? BARISAN pemain Terengganu FC sudah bersedia menentang pasukan JDT dalam saingan Sabtu ini.
BARISAN pemain Terengganu FC sudah bersedia menentang pasukan JDT dalam saingan Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia