Harian Metro

A LAIN KALI JANGAN BUAT...

- Oleh Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

kibat gemar berjudi dan sering mencuri, seorang lelaki tempatan diikat pada kedua-dua kakinya dengan rantai besi dipercayai oleh ahli keluargany­a sendiri, lebih 12 jam di kaki lima kedai di Jalan Raja, di sini.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditemui terbaring di atas sebuah kerusi panjang oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, orang awam kemudian membantu melepaskan lelaki terbabit dengan memotong rantai besi itu dengan menggunaka­n parang.

Menurut sumber, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam, sepasukan polis bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan lanjut.

“Berdasarka­n siasatan awal, lelaki terbabit dipercayai dirantai oleh ahli keluargany­a sendiri. Lelaki itu, dipercayai penganggur didakwa sering mencuri di rumah ahli keluargany­a, selain dikatakan sering terbabit dalam perjudian.

“Ia menyebabka­n keluargany­a bertindak mengikat kaki lelaki terbabit dengan rantai besi.

“Mangsa dikatakan diikat dengan rantai besi itu oleh ahli keluargany­a sejak jam 7.30 malam, Jumaat lalu. Namun begitu, ahli keluarga menyediaka­n makanan dan minuman bagi mengelakka­n dia melarikan diri,” katanya, semalam.

Katanya, ahli keluarga bertindak demikian kerana mahu memberi pengajaran kepada lelaki itu supaya tidak mengulangi perbuatann­ya yang sering terbabit dalam perjudian.

“Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian berikutan ia membabitka­n masalah keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi berkata,

Lelaki dirantai kedua-dua kaki oleh ahli keluarga di kaki lima kedai kerana didakwa sering mencuri

pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Sekiranya ada unsur penderaan, tindakan boleh diambil ke atas ahli keluarga lelaki terbabit,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN lelaki yang dirantai kedua-dua kakinya oleh
ahli keluargany­a.
KEADAAN lelaki yang dirantai kedua-dua kakinya oleh ahli keluargany­a.
 ??  ?? Ahli keluarga bertindak demikian
kerana mahu memberi pengajaran kepada lelaki
terbabit
Ahli keluarga bertindak demikian kerana mahu memberi pengajaran kepada lelaki terbabit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia