Harian Metro

Warga emas tak semena-mena diserang 4 lelaki

-

Ranau: Seorang lelaki menerima tiga jahitan di kening dan patah gigi hadapan selain lebam di mata, kepala dan kaki selepas dibelasah empat lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan, di sini, Rabu lalu.

Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 64 tahun bersama rakannya menuju ke kereta di parkir berhampira­n pusat hiburan berkenaan sebelum dihampiri sekumpulan lelaki, termasuk dua remaja.

Menurut sumber, ketika hendak menaiki kenderaan, dua remaja tidak dikenali menegur mangsa bersama rakannya yang berusia lingkungan 40-an itu.

“Tanpa disedari, mangsa dan rakannya diserang dua remaja terbabit, manakala dua lagi lelaki dipercayai rakan suspek tiba-tiba muncul dan menyerang mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber itu berkata, mangsa dan rakannya dibelasah hampir 15 minit sebelum beberapa pekerja di pusat hiburan yang menyedari pergaduhan itu bergegas membantu mangsa.

“Mangsa dan rakannya tidak dirompak. Kejadian itu menyebabka­n mangsa luka di kening, patah gigi depan dan lebam di mata, kepala serta kaki kanan sebelum dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Rakannya turut cedera dan menerima rawatan di hospital sama. Mangsa tidak mengenali semua suspek dan mereka tidak mengetahui punca mereka dipukul,” katanya.

Mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin, kerana selepas kejadian dia terpaksa menerima rawatan di Hospital Ranau.

Ketua Polis

Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan sebaik pihaknya menerima laporan daripada mangsa.

“Semua suspek berusia antara 17 hingga 24 tahun kini direman sehingga 6 Mac depan (esok).

“Kes disiasat mengikut Seksyen

325 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Farhan Lee
MOHD Farhan Lee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia