Harian Metro

Mudah selenggara telaga tiub

- Johary Indan news@nstp.com.my

 Jawatankua­sa ditubuh selaras kemudahan pastikan agihan kepada penduduk konsisten

Perkampung­an yang mempunyai telaga tiub di daerah ini perlu menubuhkan jawatankua­sa untuk memudahkan pengurusan dan penyelengg­araan kemudahan berkenaan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli berkata, jawatankua­sa itu melakukan penyelaras­an dan pengagihan bekalan air di saluran telaga tiub kepada penduduk secara konsisten.

“Jawatankua­sa itu juga dapat memastikan kemudahan telaga tiub berfungsi dengan baik dalam membekalka­n sumber air bersih kepada penduduk perkampung­an terbabit setiap hari,” katanya ketika merasmikan projek telaga tiub dan program kesedaran awam di Kampung Dudar, di sini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Sabah, Mohd Yusop Ramli.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk berkata, berbanding air graviti, telaga tiub sumber alternatif bagi menangani masalah air yang sering dihadapi penduduk, berpunca akibat kekerapan berlaku banjir lumpur di Sungai Kadamaian di sini.

Mengenai projek itu, Musbah berkata, kemudahan bernilai RM250,000 berkenaan dilengkapi rumah pam dan tangki simpanan yang berupaya mengeluark­an 200,000 liter air bersih sehari secara berterusan untuk kegunaan 1,100 penduduk Kampung Dudar.

“Telaga tiub di Kampung Dudar dibina pada 2016, manakala sistem telaga terdiri dari rumah pam, pam selam, penapis dan tangki simpanan siap sepenuhnya pada September 2017,” katanya.

Beliau berharap penduduk Kampung Dudar memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan itu bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada air graviti dan paip awam atas sebab tekanan rendah.

Sementara itu, sebuah lagi telaga tiub di Kampung Piasau di sini, dibina bagi menangani masalah air bersih dialami penduduk perkampung­an berkenaan yang selama ini menggunaka­n air graviti.

Mohd Yusop berkata, permohonan penyediaan kemudahan itu sudah dikemukaka­n Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Piasau kepada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah.

Selain Kampung Dudar, setakat ini, pihaknya sudah membina satu lagi telaga tiub di Kampung Timbang Dayang, di sini.

 ??  ?? MUSBAH (dua dari kiri) menguji paip yang menyalurka­n bekalan air daripada telaga tiub.
MUSBAH (dua dari kiri) menguji paip yang menyalurka­n bekalan air daripada telaga tiub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia