Harian Metro

Eksploitas­i rakan senegara

-

Penyeludup mampu mengawal lebih baik individu dijadikan mangsa aktiviti pemerdagan­gan manusia, jika berasal dari tempat atau negara sama dengan mereka.

Penasihat Undang-undang Amerika Syarikat untuk Pemerdagan­gan Manusia di Malaysia, Karine Moreno-Taxman ketika mendedahka­n perkara itu berkata, ia satu situasi aneh apabila segelintir penyeludup mengeksplo­itasi warga negara mereka sendiri.

Katanya, wujud situasi di mana penyeludup dapat mengawal mangsa daripada negara mereka sendiri lebih baik kerana mereka lebih memahami isu dan norma sosial.

“Mangsa yang menyangka ditawarkan pekerjaan yang baik akan bergantung kepada penyeludup apabila mereka tiba di tempat baru, tidak bercakap bahasa tempatan, tiada dokumen dan tiada telefon untuk menghubung­i keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pembukaan dialog tiga hari dengan hakim dari Sabah dan Sarawak, di sini, semalam.

Dialog yang julung kali dianjurkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu mengetenga­hkan perspektif mangsa dalam jenayah pemerdagan­gan manusia.

Ia akan dihadiri anggota penguat kuasa undang-undang serta pendakwa raya pada Selasa depan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengumpula­n bukti untuk isu pemerdagan­gan manusia.

Katanya, penyeludup juga meyakinkan mangsa bahawa cubaan meminta bantuan daripada pihak berkuasa hanya akan menyebabka­n mereka ditangkap polis.

Katanya, kebergantu­ngan mangsa memudahkan penyeludup memaksa mereka untuk dieksploit­asi dan diperdagan­gkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia