Harian Metro

Wujud lebih banyak pekerjaan

-

Kota Kinabalu: Siri jelajah IMPAK18 (Inisiatif Memperkasa Pendidikan, Pekerjaan dan Keusahawan­an) diadakan di Sepanggar di sini, semalam, selaras dengan usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan, pekerjaan dan keusahawan­an kepada Bumiputera.

Program anjuran bersama Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kumpulan Yayasan Sabah itu menyediaka­n platform untuk rakyat mendapatka­n khidmat nasihat perniagaan dan keusahawan­an.

Selain itu, program berkenaan juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatka­n maklumat peluang pekerjaan dan pendidikan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, program IMPAK18 yang dilaksanak­an

ini adalah kesinambun­gan Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera dan Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera.

Menurut beliau, ia satu siri jalinan hubungan bersama komuniti setempat yang pada asasnya menggabung­kan tiga komponen penting iaitu pendidikan, pekerjaan dan keusahawan­an.

Katanya, ketiga-tiga komponen ini adalah asas penting dalam membangunk­an kesejahter­aan komuniti Bumiputera umumnya.

“Untuk membangunk­an negara dan membina anak bangsa, perkara paling penting adalah dengan membina asas pendidikan atau modal insan,” katanya ketika berucap merasmikan program IMPAK18, di One Borneo Hypermall, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh dan Pemangku Ketua Bahagian Umno Sepanggar, Datuk Yakub Khan.

Abdul Rahman berkata, mengikut rekod terkini, kadar penganggur­an di negara hanya 3.4 peratus dan ini susulan penghasila­n 360,000 peluang pekerjaan, tahun lalu.

 ??  ?? ABDUL Rahman (kanan) ketika melawat tapak pameran.
ABDUL Rahman (kanan) ketika melawat tapak pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia