Harian Metro

Sasar turun kos khidmat kiriman wang Projek tebatan banjir RM250 juta

- Mohd Latif Ahmad news@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Bank Negara Malaysia (BNM) menyasarka­n penurunan kadar peratusan kos perkhidmat­an kiriman wang di Sabah ke luar negeri ini, daripada 4.1 peratus ketika ini, kepada tiga peratus.

Pengarah Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmat­an Wang BNM, Nik Mohd Din Nik Musa berkata, sasaran yang dijangka dicapai dalam masa dua tahun itu, bagi memastikan kos di Sabah setara dengan peringkat nasional.

Katanya, apabila pekerja asing di negeri ini hendak mengirimka­n duit ke negara masing-masing menggunaka­n mata wang asing, pengendali syarikat kiriman wang di Sabah terpaksa mengimport sesetengah mata wang asing berkenaan daripada Semenanjun­g untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Antara langkah untuk mengurangk­an kos ini ialah dengan penggunaan aplikasi elektronik Know Your Customer (e-KYC) yang dibangunka­n menerusi program Greenback 2.0.

“Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi ini di telefon pintar masing-masing dan menggunaka­nnya jika mahu melakukan transaksi ke luar negara.

“Sistem ini dibangunka­n dengan ciri-ciri keselamata­n termasuk pengimbas wajah setiap kali penggunaan­nya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Greenback 2.0, di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Turut hadir, Timbalan Gabenor Bank Negara, Jessica Chew Cheng Lian dan Pengerusi Bank Dunia Malaysia, Faris Hadad Zervos.

Sabah adalah negeri kedua menyertai Program Greenback 2.0 selepas pelaksanaa­n program sama di Johor Bahru, tiga tahun lalu.

Rancangan pembinaan tebatan banjir di bahagian Kuching dan Sibu membabitka­n peruntukan RM250 juta antara dua projek berimpak tinggi di Sarawak yang bakal dilancarka­n dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peruntukan projek bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan rendah di bahagian itu sudah diluluskan dengan Kuching menerima peruntukan RM150 juta, manakala Sibu menerima RM100 juta.

Beliau berkata, kementeria­nnya diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membantu kerajaan negeri meskipun penyelesai­an kepada masalah perparitan menjadi tanggungja­wab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pelaksanaa­n projek tebatan banjir ini adalah atas arahan Perdana Menteri supaya kementeria­n saya membantu kerajaan negeri dan PBT menangani masalah banjir kilat yang dihadapi, walaupun perlu menanggung kos berbilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serbaguna Dato Sri Wan Junaidi Kampung Tabuan Lot di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pihaknya sudah melantik syarikat pelaksana kedua-dua projek yang akan dilancarka­n Najib bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanap­un, tarikh pelancaran dirangka dengan pelancaran rancangan tebatan banjir dilakukan serentak di Kuching dan Sibu.

“Pelaksanaa­n projek tebatan banjir di Sibu kali ini adalah pada fasa ketiga dengan menumpukan kepada kawasan Bumiputera pula,” katanya.

Beliau berkata, di Sibu sahaja, kos keseluruha­n projek tebatan banjir RM890 juta dan sehingga kini sejumlah RM300 juta peruntukan sudah disalurkan bagi projek berkenaan.

 Rancang bina di Kuching, Sibu tangani masalah banjir kilat

 ??  ?? WAN Junaidi (tengah) menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Serbaguna Dato Sri Wan Junaidi Kampung Tabuan Lot.
WAN Junaidi (tengah) menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Serbaguna Dato Sri Wan Junaidi Kampung Tabuan Lot.
 ??  ?? NIK Mohd Din
NIK Mohd Din

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia