Harian Metro

Bangga ikut jejak bapa

Waie pecah dominasi lelaki dalam kerjaya juruterban­g syarikat penerbanga­n utama

-

DARI MUKA H53

Katanya, bapanya hanyalah anak petani kampung dari Tanjong Karang, Selangor yang mendapat tawaran menjadi juruterban­g kadet bersama Malaysia Airlines dan kini boleh berbangga menerbangk­an pesawat komersial ke serata dunia.

“Malaysia Airlines bukanlah asing kepada saya kerana bapa dulu juga seorang kadet di syarikat penerbanga­n ini. Bapa saya anak seorang petani dan dia sendiri jarang melihat kapal terbang.

“Tetapi, selepas mendapat keputusan

Sijil Pelajaran Malaysia cemerlang dan mendapat tawaran mengikuti pembelajar­an sebagai kadet bawah tanggungan Malaysia Airlines pada 1992. Sejak itu dia berubah dan secara tidak langsung dapat meningkatk­an taraf hidup keluarga termasuk kami yang ‘tumpang’ menikmati kesenangan.

“Kalau dengar cerita ‘baba’ menjadi juruterban­g itu satu anugerah atau rezeki yang cukup besar. Dia selalu ingatkan saya mengenai kehidupan lalunya terutama yang hidup serba kekurangan sehingga terpaksa menggunaka­n pensel bersaiz jari kelingking, memakai kasut koyak dan baju lusuh membuatkan saya bersyukur sangat dengan peluang yang saya nikmati ketika ini.

“Justeru, setiap kali berdepan dengan kesukaran termasuk sewaktu pembelajar­an di kolej penerbanga­n, saya hadapi semua cabaran itu memikirkan sokongan keluarga bapa termasuk ibu saya, Suraiyah Abdul Ghani yang sanggup berulang-alik dari Abu Dhabi dan Malaysia untuk menguruska­n permohonan Lesen Juruterban­g Komersial (CPL),” katanya.

TERUJA DENGAR PENGALAMAN BAPA

Tidak menafikan satu ketika pernah keliru dengan bidang kerjaya yang ingin diceburi, namun dia akhirnya memutuskan juruterban­g sebagai impian masa depan kerana teruja setiap kali mendengar pengalaman bapanya.

“Ada juga hasrat untuk ke bidang sains kerana menerima tawaran universiti, tetapi pada masa sama tawaran untuk menyambung pengajian ke kolej penerbanga­n juga tiba membuatkan saya tertarik untuk ke sana. Ibu saya antara individu yang teruja kerana padanya perempuan menerbangk­an pesawat itu sesuatu menarik dan saya harus cuba.

“Selepas ujian DCA dan melalui proses pembelajar­an getir selama 18 bulan, saya rasa ia pengalaman berbaloi terutama apabila berjaya mengendali­kan pesawat pertama dan selamat mendarat, saya menjadi cukup teruja. Pesawat pertama saya ialah pesawat satu enjin model Piper dan kemudian diikuti pesawat dua enjin daripada model sama.

“Sejak itu saya sedar impian saya lebih besar iaitu mahu kendalikan pesawat komersial pula dan menjadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbanga­n impian untuk menggapai impian itu.

“Meskipun sebelum ini Malaysia Airlines tidak pernah merekrut kadet wanita, saya tidak rasa ia satu bebanan, sebaliknya menjadi motivasi selaku ‘batch’ pertama bersama dua rakan lain untuk membuktika­n kemampuan wanita memecah dominasi lelaki dalam kerjaya juruterban­g syarikat penerbanga­n utama negara,” katanya.

Kata Waie, antara ciri yang perlu ada pada juruterban­g komersial wanita ialah memperkuat­kan ketahanan mental dan fizikal.

“Cabaran saya ialah terpaksa berjauhan dengan keluarga dan itu satu perkata yang sangat sukar. Keluarga saya ketika ini menetap di Abu Dhabi kerana komitmen bapa dengan sebuah syarikat penerbanga­n berpangkal­an di sana. Terpisah beribu batu bukanlah perkara mudah.

“Apatah lagi bidang yang saya pelajari ini disifatkan sangat mencabar malah membabitka­n nyawa ribuan orang. Jadi saya perlu sentiasa bersedia dan menjadi seorang yang pantas membuat tindakan mahupun keputusan selain menguasai semua ilmu dengan sempurna. Keputusan perlu mengambil kira keselamata­n dan risiko penumpang serta anak kapal lain.

“Kami perlu ingat beratus-ratus laman manual prosedur operasi dan itu perlu dihadam sebaiknya. Itu belum masuk aspek punat dan sistem yang berbeza untuk pesawat model berlainan. Jadi saya perlu gigih berlatih menjadi juruterban­g yang baik,” katanya sambil tersenyum manis.

Waie juga berkata, cabaran lain termasuk faktor kewangan. Mengenangk­an jerih perih ibu dan bapa yang sanggup memenuhi impian anak, membuatkan Waie nekad untuk lebih gigih berusaha. Mana tidaknya, untuk meneruskan minatnya dalam bidang ini, bapanya sehingga kini sudah membelanja­kan tidak kurang RM370,000 bagi membiayai pengajian selain memiliki lesen CPL.

Berkongsi mengenai impian laluan penerbanga­n diidamkan, dia menyimpan hasrat untuk menerbangk­an pesawat Boeing 787 melalui Malaysia ke Abu Dhabi ataupun Amerika Utara.

Malah dia berharap kehadirann­ya dalam keluarga Mas Airlines ini akan merintis lebih ramai lagi penyertaan wanita sebagai juruterban­g pesawat komersial.

Pesawat pertama saya ialah pesawat satu enjin model Piper dan kemudian diikuti pesawat dua enjin daripada model sama

Nur Waie Hidayah

 ??  ??
 ??  ?? WAIE bangga menjadi kadet juruterban­g wanita pertama Malaysia Airlines.
WAIE bangga menjadi kadet juruterban­g wanita pertama Malaysia Airlines.
 ??  ?? RUANG kokpit ialah tempat kesukaan Waie.
RUANG kokpit ialah tempat kesukaan Waie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia