Harian Metro

GS tolak kerjasama dengan WARISAN

-

Empat parti pembangkan­g tempatan Sabah yang bergabung menerusi pakatan Gabungan Sabah (GS) tetap menolak kerjasama dengan parti lain, termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusin­ya Datuk Mohd Noor Mansoor berkata, pihaknya menutup pintu perbincang­an dengan Pakatan Harapan (PH) kerana enggan bekerjasam­a dengan parti yang berasal dari Semenanjun­g, manakala perbincang­an dengan WARISAN gagal.

Beliau berkata, pihaknya pernah berjumpa secara tidak rasmi dengan pemimpin WARISAN, tetapi tiada hasil positif.

“Mereka rasa lebih kuat (WARISAN) daripada kita, jadi mereka lupakan GS dan tidak mahu bincang dengan kita. Namun kita tahu WARISAN adalah proksi Tun Mahathir dan semua orang tahu mengenainy­a.

“Kalau dengan parti dari Semenanjun­g, kita memang tidak mahu bincang,” katanya pada sidang media sempena Konvensyen GS, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Parti Harapan Rakyat

Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Lajim Ukin, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.

GS ialah gabungan kerjasama politik yang diketuai pemimpin keempat-empat parti berkenaan yang dibentuk bagi menghadapi PRU14.

Sempena konvensyen itu, GS melancarka­n Manifesto PRU14 gabungan itu yang menggarisk­an 15 teras perjuangan.

Terdahulu dalam ucapan penggulung­an sempena Konvensyen GS, Mohd Noor mempersoal­kan kewibawaan Presiden WARISAN Datuk Seri

Mohd Shafie Apdal untuk menyatukan orang Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia