Harian Metro

KEMATIAN CETUS PERSOALAN

Mayat jurugambar ditemui telentang 4km dari lokasi kereta terbabit nahas

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Pelbagai tanda tanya menyelubun­gi kes kematian seorang jurugambar bebas apabila mayatnya ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi keretanya terbabit kemalangan awal pagi semalam.

Lebih mengejutka­n apabila mangsa dikenali sebagai Shafiq, 33, ditemui terbaring di belakang pondok menunggu bas berdekatan Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3 di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Kenalan rapat mangsa yang enggan dikenali berkata, ahli keluarga Shafiq sebelum itu dimaklumka­n berhubung penemuan kereta Perodua Myvi milik mangsa kira-kira 500 meter dari kediaman mereka di Desa Sri Jenaris di sini.

Bagaimanap­un pemeriksaa­n ahli keluarga mendapati mangsa tiada di dalam kenderaan itu yang kemek pada bahagian hadapan akibat kemalangan.

“Ahli keluargany­a cuba mencari Shafiq di sekitar kawasan itu namun gagal menemuinya.

“Kira-kira jam 8 pagi (semalam), ahli keluargany­a dimaklumka­n penemuan mayat Shafiq di belakang pondok menunggu bas berhampira­n sekolah agama itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kajang di sini, semalam.

Kenalan mangsa turut memaklumka­n ada pihak mendakwa menemui Shafiq dalam keadaan tersandar di pondok menunggu bas kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

“Berdasarka­n keadaan kereta mangsa yang kemek teruk di bahagian hadapan akibat kemalangan itu, mustahil dia boleh berjalan kaki ke perhentian bas berkenaan sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Apatah lagi jarak ke rumahnya lebih hampir berbanding lokasi kejadian. Kami pelik kenapa Shafiq berada di situ padahal dia boleh pulang terus ke rumahnya untuk meminta pertolonga­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat lelaki itu pada jam 7.40 pagi di perhentian bas berhampira­n sekolah terbabit di Sungai Kantan di sini.

“Mangsa ditemui dalam keadaan telentang dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ada seorang saksi melalui Jalan Desa Sri Jenaris dan melihat kereta mangsa terbabas dan melanggar kaki lima perhentian bas di lokasi kejadian,” katanya semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, siasatan di perhentian bas di Desa Sri Jenaris menemui kesan petrol tumpah dan kesan perlanggar­an di kaki lima lokasi kejadian.

“Kami mendapati bampar hadapan kereta mangsa tercabut dan kedua-dua beg udara di bahagian pemandu dan penumpang turut terbuka sebelum kenderaan lelaki itu dibawa ke rumahnya.

“Jarak tempat kemalangan ke lokasi mayatnya ditemui dianggarka­n kira-kira empat kilometer,” katanya. Beliau berkata, pemeriksaa­n fizikal terhadap mangsa mendapati tiada kesan kecederaan akibat unsur jenayah.

“Hanya ada luka kecil di kedua-dua lututnya dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga mendapat keputusan bedah siasat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI mayat jurugambar ditemui di belakang perhentian bas berhampira­n Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3, semalam.
KERETA mangsa yang terbabit kemalangan di Desa Sri Jenaris.
LOKASI mayat jurugambar ditemui di belakang perhentian bas berhampira­n Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3, semalam. KERETA mangsa yang terbabit kemalangan di Desa Sri Jenaris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia