Harian Metro

ISTIMEWA MISAI LENTIK

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Ahli KML kongsi kisah unik simpan kumis

Shah Alam

Ada yang misainya pernah digunting separuh oleh isteri, ada yang misai lentiknya dapat memenuhi hasrat wanita mengandung, malah ada yang pernah diminta bantuan untuk menghentik­an kanak-kanak yang sedang menangis.

Semua senario itu antara kisah menarik beberapa ahli Kelab Misai Lentik (KML) yang berdepan pelbagai cerita hanya kerana mempunyai hobi unik iaitu menyimpan misai dengan cara tersendiri.

Bagi Kamarudin Kassim,

53, rasa minat untuk menyimpan misai lentik ini bermula sejak usia muda kerana dengan memiliki misai, dia berasa dirinya itu lebih ‘lelaki’ dan setiap langkah dalam hidupnya bermula dengan lebih yakin.

Katanya, keterampil­an dengan gaya tersendiri itu menjadikan golongan bermisai lebih menonjol terutama ketika berada dalam khalayak ramai sehinggaka­n ada yang ‘memberi laluan’ ketika berjalan di pusat beli-belah.

“Kalau nak ikutkan memang banyak kisah menarik, semuanya kerana misai lentik. Ada seorang wanita yang mengandung­kan anak sulung meminta untuk pegang misai saya. Dapat sekejap pun jadilah.

“Suaminya ada bersama ketika itu dan selepas dapat pegang, dia menangis gembira. Katanya dia mengidam, saya tak tahulah. Tapi itu antara kenangan yang tak

dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala KML, di sini, kelmarin.

Seorang lagi ahli KML Ibrahim Abdullah, 60, berkata, setiap pagi dia menghabisk­an masa selama 30 minit di depan cermin untuk memastikan misainya berada pada kedudukan betul dan mendapatka­n mood yang sesuai.

Katanya, penampilan dengan misai ala Hulk Hogan menjadikan dirinya begitu rapi untuk keluar bekerja, malah dia mempunyai kaedah sendiri untuk mendapatka­n bentuk misai yang setara.

“Saya perlu gunakan gel dulu, pintal elok-elok dan ambil ‘mood’. Jika tidak, ia akan mempengaru­hi diri saya sepanjang hari kerana ada saja yang memerhatik­an saya. Jika betul dari awal, maka

Ada seorang wanita yang mengandung­kan anak sulung meminta untuk pegang misai saya. Suaminya ada bersama ketika itu dan selepas dapat pegang, dia menangis gembira” Kamarudin

saya OK sepanjang hari.

“Anak saya menyokong minat saya ini termasuk belikan saya perapi, gel dan sebagainya. Insya-Allah saya akan terus begini kerana ini identiti saya sejak lebih 14 tahun lalu.

Bekas atlet memanah tradisiona­l kebangsaan Khairul Anuar Ahmad Zakaria, 43, berkata, dia menggunaka­n sabun mandi untuk ‘membelai’ misainya supaya bersih dan lebih senang diurus serta menggunaka­n pomade untuk melentikka­n bahagian hujung misai.

Katanya, penampilan sebegitu menjadikan lelaki bermisai lentik nampak garang, namun sebenarnya mereka juga berhati lembut dan mudah didekati.

“Nampak saja garang, tapi tidak. Selalunya kanak-kanak yang takut dengan kami. Tapi selepas didekati, mereka akan OK dan mula bermain dengan misai kami ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden KML Normashahb­udin Noh, 33, berkata, kelab berkenaan ditubuhkan pada 7 Julai 2016 selepas dia bertemu dengan beberapa lagi rakan yang memiliki misai lentik sepertinya.

Katanya, pada peringkat awal, dia bersama tiga lagi rakan yang ditemui secara kebetulan bersetuju untuk bekerjasam­a dan mencari lebih ramai ahli untuk menggerakk­an aktiviti.

“Saya tak sangka ramai juga yang berminat. Setakat ini, KML ada lebih 40 ahli dari seluruh negara terdiri daripada pelbagai latar belakang dan semuanya mempunyai hobi sama iaitu menyimpan misai lentik.

“Kami tiada petua tertentu untuk melentikka­n misai, tetapi ada yang mengamalka­n guna minyak buah keras untuk memastikan misai mudah dibentuk.

“Setiap orang mengambil masa antara lima bulan hingga tiga tahun untuk menyimpan misai. Saya lega kami semua dapat jadi seperti adik beradik kerana hobi yang sama,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli KML menayangka­n misai lentik mereka. SUASANA ketika Malam Gala KML di Hotel Concorde, Shah Alam, kelmarin.
SEBAHAGIAN ahli KML menayangka­n misai lentik mereka. SUASANA ketika Malam Gala KML di Hotel Concorde, Shah Alam, kelmarin.
 ??  ?? IBRAHIM (kiri) memperagak­an misainya di Hotel Concorde, Shah Alam.
IBRAHIM (kiri) memperagak­an misainya di Hotel Concorde, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia