Harian Metro

KEMENTERIA­N KESIHATAN BERTINDAK

Kementeria­n Kesihatan bertindak jika ubat batuk dijual bukan untuk tujuan perubatan

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen yang didapati menjual ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan mengikut Akta Racun 1952.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Persediaan ubat batuk dalam sebarang bentuk serta yang mengandung­i racun berjadual dikawal mengikut Akta Racun 1952.

“Oleh itu, penjualan ubat batuk hanya dibolehkan untuk perubatan serta dilakukan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen dan perlu mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan khas muka depan Harian Metro pada 24 Februari lalu.

Laporan berkenaan mendedahka­n penjualan ubat batuk secara terbuka di farmasi terutama di utara Semenanjun­g dipercayai antara punca utama kepada penyalahgu­naan ubatan berkenaan yang dijadikan ramuan khas bagi menghasilk­an chakoroi.

Menurut laporan itu, chakoroi ialah hasil campuran air ketum, minuman berkarbona­t dan ubat batuk yang kini menjadi kegilaan penagih air ketum dan kaki lalok bagi menggantik­an pengambila­n dadah.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Bahagian Penguatkua­saan Farmasi menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas premis disyaki menjual ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan di seluruh negara pada 22 Ogos tahun lalu.

Katanya, pemeriksaa­n itu berdasarka­n aduan yang diterima dan hasilnya, sebanyak 100,480 botol ubat batuk dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Akta Racun 1952.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bahagian Penguatkua­saan Farmasi akan terus menjalanka­n pemantauan dan penguatkua­saan undang-undang ke atas semua premis yang menjual ubat dan produk kesihatan bagi memastikan penjualan itu mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuas­akan.

“Kerjasama antara agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) juga akan dipertingk­atkan bagi membantera­s penjualan dan penggunaan ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan,” katanya.

Penjualan ubat batuk hanya dibolehkan untuk perubatan Dr Noor Hisham

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 24 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro 24 Februari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia