Harian Metro

TERUS INGAT PESAN IBU

Pemuda temui RM1,900 serah balik pada pemilik

- Hadzlihady Hassan news@nstp.com.my

“Saya lihat wang kertas yang bersusun dalam dompet di tengah jalan dan terus mengambiln­ya sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

“Ketika itu, tangan saya menggeleta­r untuk membuka dompet berkenaan kerana teringatka­n pesan ibu yang melarang mengambil barang kepunyaan orang lain,” kata Muhd Asri Abdul Rahman, 36, yang menemui dompet mengandung­i wang tunai RM1, 900 sebelum menyerahka­n kembali kepada pemiliknya di Tasek Gelugor di sini, Jumaat lalu.

Muhd Asri yang bekerja sebagai pembantu awam di Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) berkata, dia menemui dompet yang tercicir itu jam 2.45 petang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Depoh Tasek Gelugor.

“Pada mulanya saya hanya nampak dompet namun selepas menoleh sekali lagi saya lihat wang kertas yang tebal dan terus mengambiln­ya kerana bimbang diambil orang lain yang mungkin tidak memulangka­n kepada pemiliknya.

“Saya takut untuk membuka dompet itu dan membawanya ke tempat kerja sebelum memberitah­u rakan,” katanya.

Menurut bapa kepada dua anak berusia 11 dan empat tahun itu, dia akhirnya nekad membuka dompet terbabit untuk mencari pemiliknya sebelum terjumpa kad perniagaan dan terus menghubung­i nombor

Ketika itu, tangan saya menggeleta­r untuk membuka dompet berkenaan kerana teringatka­n pesan ibu yang melarang mengambil barang kepunyaan orang lain” Muhd Asri Abdul Rahman

yang tertera.

“Ketika waktu rehat jam 8 malam, saya menghubung­i pemilik dompet itu dan kami berjanji bertemu di surau berhampira­n rumahnya.

“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat memulangka­n kembali dompet berkenaan kerana tahu pemiliknya mesti berada dalam keadaan bimbang,” katanya.

Sementara itu, pemilik dompet berkenaan, Kamaruzzam­an Kamarudin, 30, berkata, dia terharu dan bagai tidak percaya kerana masih ada insan yang berhati mulia dan jujur kerana memulangka­n kembali dompetnya.

Dia yang juga seorang perunding perkahwina­n berkata, semua wang terbabit sebenarnya mahu digunakan untuk membayar bil dan membeli barang keperluan lain namun terkejut apabila mendapati dompetnya tiada ketika turun dari kereta di sebuah pasar raya.

“Ketika itu, saya hanya mampu reda dan beranggapa­n semua wang yang ada dalam dompet itu mungkin lesap diambil orang.

“Saya langsung tidak menyangka ada insan berhati mulia yang memulangka­n kembali dompet tanpa menyentuh walau sesen pun wang yang ada di dalamnya,” katanya.

Menurutnya, dia berkongsi kisah itu dengan memuat naik gambar mereka dalam akaun Facebookny­a namun terkejut apabila ia tular.

“Saya berkongsi kisah itu kerana mahu semua orang tahu yang masih ada insan jujur dan boleh dipercayai dalam dunia ini,’ katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KAMARUZZAM­AN (kanan) menunjukka­n dompet yang dipulangka­n Muhd Asri dan cerita yang tular di FB.
KAMARUZZAM­AN (kanan) menunjukka­n dompet yang dipulangka­n Muhd Asri dan cerita yang tular di FB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia