Harian Metro

Mahu berikan kelas berkualiti

- DARI MUKA R21

Diana tegaskan bukan mudah anggap seseorang itu berbakat atau tidak dalam tempoh singkat

“Sebenarnya, saya masih fikirkan bagaimana mahu melaksanak­an tugas besar ini. Akan ada ratusan peserta nanti dan saya perlu bijak mengawal keadaan.

“Lakonan bukan dengan cara memberitah­u apa perlu dilakukan, tetapi mereka juga kena alami sendiri melalui beberapa cara.

Saya harap dapat beri kelas yang berkualiti dan mereka seronok,” kata Diana ditemui pada acara separuh akhir Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB18) minggu lalu.

Katanya, bakat mengambil masa untuk ‘keluar’ dan bukan mudah mengatakan seseorang itu berbakat atau tidak dalam tempoh singkat.

Paling penting ialah langkah pertama yang perlu dicuba dan memecahkan rasa malu sebelum mengetahui sama ada berbakat atau sebaliknya.

Malahan, beliau sendiri mengakui mengambil masa bertahun-tahun untuk menonjolka­n bakat malah pernah dianggap pelakon ‘kayu’ pada awal kemunculan.

“Pertama, kita kena hilangkan rasa malu. Keduanya, kena bina rasa yakin apabila dikritik.

“Ramai patah semangat selepas beberapa tahun berjuang kerana berasakan tidak ada yang menerima mereka atau susah cari peluang.

“Hakikatnya persaingan dalam bidang ini sangat sengit. Oleh sebab itu, orang baru kena cari jalan dan cara yang sihat,” katanya.

Ditanya mengenai penggambar­an filem terbaru, Gol & Gincu yang juga jenama cukup popular di TV dan filem lebih sedekad lalu, Diana memilih berkongsi hanya apa yang perlu bagi mengelak spekulasi.

Apatah lagi, ada desasdesus mengatakan Diana menggantik­an watak Putri yang pernah dilakonkan Fazura.

Katanya, filem terbaru itu tiada kaitan dengan apa yang berlaku dalam karya terdahulu dan ia memaparkan jalan cerita berbeza.

Beliau turut menegaskan tiada istilah menggantik­an sesiapa.

“Tiada sesiapa pun antara kami yang menggantik­an sesiapa. Ia hanya kisah generasi baru yang relevan dengan zaman sekarang.

“Perbicanga­n dalam filem ini berkait rapat dengan masalah sosial sekarang, itu sahaja,” katanya ringkas.

Demi memenuhi tuntutan watak, Diana sanggup memotong pendek rambutnya dan tidak kisah andai diminta melakukann­ya lagi.

Kongsinya lagi, Gol & Gincu bukan mengenai bayaran sebaliknya bercakap mengenai inspirasi orang muda dan disebabkan itu, beliau sanggup lakukan apa saja untuk watak yang diberikan.

“Sebenarnya, duit, glamor dan ilmu penting di dalam industri ini. Apabila Tuhan beri pelbagai rezeki, saya perlu pandai untuk seimbangka­n.

“Kita sudah dapat pilihan, kenalah pandai jaga pilihan itu dan ini. Saya tidak mahu ambil mudah apabila bercakap soal pilihan. Jika ambil projek ‘indie’ saja, bagaimana nak hidup?,” katanya tatkala memberi pendapat mengenai pilihan dalam kerjaya lakonan.

Selain DFKL dan filem Gol & Gincu, Diana turut menceburi cabang seni baru apabila mengendali­kan program bual bicara santai, Kata Serasi bersama pengacara popular Nazrudin Rahman atau Naz.

Program itu baharu saja disiarkan di saluran NTV7 setiap Isnin jam 9.30 malam.

Beliau juga dalam proses perbincang­an untuk menghasilk­an single terbaru selepas pernah muncul dengan lagu berjudul Tentang Kita pada 2016.

Dalam pada itu, beliau berharap drama lakonannya, Raisha ada sambungan berikutan ada banyak permintaan daripada peminat. - Amirul Haswendy Ashari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia