Harian Metro

Dicabar laluan sentiasa mencanak

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

40 sahut cabaran dalam ekspedisi daki Gunung Liang anjuran MDTM

Nama Tanjung Malim sebagai projek perintis Youth City atau Bandar Belia yang pertama di Malaysia sememangny­a tepat kerana ia bukan saja terdapatny­a pelbagai institusi pengajian tinggi tetapi mampu menyediaka­n ekosistem lain yang membolehka­n ramai golongan muda melakukan aktiviti rekreasi.

Memandangk­an ketika ini aktiviti rekreasi khasnya mendaki gunung sentiasa menjadi tumpuan belia, tidak silap untuk menjadikan daerah di

Perak itu sebagai destinasi golongan berkenaan kerana antara gunung yang popular di sana sudah tentu Gunung Liang setinggi 1,934 meter.

Gunung Liang mempunyai dua puncak yang dikenali sebagai Liang Timur dan Barat serta jarak antara kedua-duanya tidak begitu jauh kira-kira lima minit pendakian saja.

Bagi memulakan pendakian ke puncak gunung berkenaan, Empangan Sungai Dara adalah lokasi permulaann­ya dan di sini saja pendaki dapat menjamu mata melihat keindahan air sungainya yang bersih.

Sebenarnya untuk mendaki gunung itu, terdapat beberapa jadual perjalanan santai yang boleh diubah suai pendaki iaitu sama ada mahu mendaki selama dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Bagi kaki pelari denai, mungkin hanya mengambil masa sehari untuk sampai ke puncak.

Penulis berkesempa­tan menyertai ekspedisi mendaki Gunung Liang anjuran Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) yang diketuai Yang Dipertua MDTM Mohd SyukriAzaa­ri.

Kami memilih jadual dua hari satu malam kerana permulaan pendakian pada hari pertama dimulakan agak lewat iaitu kira-kira jam 2 petang.

Dari Empangan Sungai Dara, kumpulan pendaki seramai sekitar 40 orang perlu menuju ke Kem Lubuk Antu yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan santai dan laluannya juga tidak begitu sukar.

Kem Lubuk Antu mempunyai tarikan tersendiri kerana luas dan begitu hampir dengan sungai yang memudahkan pendaki untuk membersihk­an diri serta memasak makanan. Air sungainya juga bersih, mungkin jarang digunakan orang ramai untuk beriadah.

Pada hari kedua, kumpulan pendaki perlu memulakan pendakian seawal jam 8 pagi dan hari itu dijadualka­n semua peserta menuju ke puncak yang mengambil masa kirakira lapan jam.

Sebelum menuju ke puncak, kumpulan pendaki diminta meletakkan barang yang tidak diperlukan untuk ke puncak di Kem 7E yang mengambil masa dari Kem Lubuk Antu sekitar lima jam.

Pendakian ke Kem 7E boleh dikatakan agak mencabar kerana laluannya sentiasa mencanak dan hanya sedikit saja kawasan yang sering kali disebut ‘diskaun’ iaitu kawasan rata ketika mendaki. Itupun ketika melalui kawasan permatang.

Sepanjang laluan pendakian dari Kem 7E ke puncak sememangny­a menjanjika­n pemandanga­n hutan tropika yang sebenar kerana di sini terdapatny­a lumut yang tumbuh meliar.

Tambahan pula, semakin hampir dengan puncak keadaan semakin sejuk dirasai kerana ketika itu suhu dikatakan mencecah kira-kira 16 darjah Celsius dan berkabus tebal. Sebaik saja tiba di puncak Liang Timur kelihatan sebuah beirut yang menandakan itulah puncaknya.

Menariknya, dalam aktiviti pendakian itu turut disertai pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), operator dan penggiat pendaki gunung belia dari Deltar Outdoors Malaysia (DOM), wakil polis dan bomba, penduduk kampung serta beberapa agensi keselamata­n yang lain.

 ??  ?? MERENTAS sungai dari Lubuk Antu menuju ke Kem 7E.
MERENTAS sungai dari Lubuk Antu menuju ke Kem 7E.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N kumpulan pendaki di puncak gunung.
KEGEMBIRAA­N kumpulan pendaki di puncak gunung.
 ??  ?? LALUAN berakar
antara cabaran ketika pendakian.
LALUAN berakar antara cabaran ketika pendakian.
 ??  ?? KEINDAHAN flora yang terdapat di sepanjang laluan ke puncak Gunung Liang.
KEINDAHAN flora yang terdapat di sepanjang laluan ke puncak Gunung Liang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia