Harian Metro

Dipenjara lima tahun kurung Datuk

-

Kuantan: Dua lelaki dihukum penjara selama lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap dakwaan mengurung seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bagi mendapatka­n wang tebusan sebanyak RM19 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ang Boon Leong, 41, dari Kepong, Kuala Lumpur dan Lim Sin Chye, 46, dari Kemaman, Terengganu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan di depan Hakim, Datuk Seri Mariana Yahya.

Mereka pada awalnya didakwa bersama empat lagi tertuduh dan dua yang masih bebas kerana dengan niat mengurung secara salah serta rahsia, Chin Yoke Choon, 53, kira-kira jam 5.55 petang pada 26 Disember 2015 di kawasan letak kereta Hotel Sri Manja Boutique, B2-34 Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota di sini.

Berdasarka­n pertuduhan itu, kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 3(1) Akta Perculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Bagaimanap­un, kedua-dua tertuduh ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mariana juga memberitah­u mahkamah bahawa tertuduh bertuah kerana ditawarkan pertuduhan pilihan berbanding Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang hukumannya gantung sampai mati.

Kes dikendalik­an Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam S Parameswar­an.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia