Harian Metro

‘Tenang, saya mampu ubah nasib Gunners’

-

London: Arsene Wenger menegaskan dia masih individu paling sesuai untuk menukar nasib Arsenal selepas tewas 2-1 kepada Brighton kelmarin yang menyaksika­n Gunners mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan.

Kekalahan 3-0 kepada Manchester City, pertama pada final Piala Liga dan kedua dalam liga boleh menceritak­an dominasi Pep Guardiola dengan pasukannya kini berada di persada, namun kekalahan kepada Ostersunds dalam Liga Europa dan Brighton sesuatu yang memalukan.

Kekalahan kelapan Arsenal sejak permulaan musim mengancam usaha mereka untuk kedudukan empat teratas dengan Wenger mengakui ia ‘sudah tiada’ sebelum Gunners ketinggala­n 13 mata daripada empat pasukan teratas.

Peluang terbaik mereka layak ke kejohanan elit, Liga Juara-Juara jika menang kejohanan kelas kedua, Liga Europa dengan Arsenal akan berdepan gergasi Itali, AC Milan pada pusingan pertama dari dua perlawanan kelompok 16 terakhir di San Siro awal pagi Jumaat ini.

Bos veteran dari Perancis itu mengetuai Arsenal sejak 1996 dan masih belum pasti sama ada pemilik berpangkal­an di Amerika Syarikat, Stan Kroenke akan memecat pengurus itu yang masih belum pernah memberi sebarang petanda dia akan bersara.

“Ia kali pertama berlaku dalam seluruh karier saya dan ia bukan mudah,” kata Wenger kepada Sky Sports.

“Saya ada pengalaman yang cukup dan keinginan untuk menukar keadaan. Apabila pasukan bergelut untuk mendapatka­n keyakinan, ia lebih sukar.”

Mengenai Arsenal yang kini sudah tidak boleh berkeduduk­an empat teratas, Wenger berkata: “Saya rasa ia sudah tiada tetapi secara matematik dengan lima pasukan di depan kami, kami akan pengsan jika memikirkan ia akan terjadi.” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia