Harian Metro

Pusat Jagaan Kasih Abadi kurang dana

-

Kepala Batas: “Apa ditularkan mengenai masalah kewangan pusat jagaan ini memang benar, tetapi ia tidak teruk seperti digambarka­n individu yang memuat naik status berhubung situasi dihadapi pihak pengurusan di media sosial,” kata Penyelia Pusat Jagaan Kasih Abadi, Nurul Aqilah Al Ashari.

Pusat jagaan yang mula beroperasi pada Januari tahun ini menempatka­n kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun terdiri daripada latar belakang keluarga miskin, anak yatim dan terbiar serta golongan asnaf.

Nurul Aqilah, 25, berkata, pusat jagaan itu diilhamkan seorang individu yang mahu menjalanka­n kerja kebajikan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menghimpun­kan mereka dalam satu rumah dan menyediaka­n ilmu pendidikan.

“Pada mulanya, pusat jagaan itu dibuka di sebuah rumah di Seberang Jaya pada 2013, namun menghentik­an operasi buat seketika kerana berdepan beberapa masalah antaranya proses mendapatka­n lesen dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami menghentik­an operasi hampir dua tahun sebelum membukanya semula awal tahun ini dengan membuat pembahagia­n apabila kanak-kanak lelaki ditempatka­n di sebuah rumah dekat Taman Alamanda, manakala kanak-kanak perempuan pula dekat rumah ini iaitu di Bandar Putra Bertam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, apabila membuka dua pusat itu serentak tentunya pihak pengurusan berdepan masalah mendapatka­n dana bagi membolehka­n kebajikan 36 kanak-kanak di kedua-dua rumah terjaga dengan baik.

“Kami memerlukan RM20,000 sebulan bagi kos sewa rumah, pengangkut­an, utiliti seperti air, elektrik, pendidikan serta makan minum kanak-kanak termasuk membeli susu dan lampin pakai buang.

“Untuk mendapatka­n dana sebanyak itu diakui sukar hingga kami lambat menjelaska­n bayaran, namun tidak berlaku pemotongan elektrik seperti ditularkan,” katanya.

Nur Aqilah berkata, pengurusan pusat jagaan itu masih mampu membiayai segala perbelanja­an namun lambat sedikit kerana sumber kewangan utama diperoleh daripada sumbangan orang ramai.

“Pihak kami juga tidak hanya mengharapk­an sumbangan orang ramai semata-mata apabila mula projek menjual produk kuih sejuk beku,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Fida Marlisa Sulaiman, 38, berkata dia dan suami, Rahizal Abdul Rahim, 40, melawat serta menyumbang barangan dapur kepada pusat jagaan itu selepas ia tersebar di Facebook sejak semalam.

 ??  ?? RUMAH Pusat Jagaan Kasih Abadi di Bandar Putra, Bertam.
RUMAH Pusat Jagaan Kasih Abadi di Bandar Putra, Bertam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia