Harian Metro

Kalut pecut lawan arus

- Mohd Azam Shah dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Empat penjenayah ‘kecut perut’ apabila anggota polis yang dilanggar melepaskan dua das tembakan pada tayar belakang kereta dinaiki mereka sebelum melarikan diri dengan memandu melawan arus di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)di sini, jam 7 malam kelmarin.

Bagaimanap­un, babak mengejar hampir satu jam itu berakhir apabila kereta dipandu mereka bertembung Proton Waja lalu melanggar tembok konkrit berdekatan susur masuk ke Setiawangs­a.

Difahamkan, empat penjenayah berusia 31 hingga 42 tahun itu nekad mengundurk­an kenderaan dinaiki beberapa kali biarpun dikepung polis selepas kenderaan mereka terbabas dan melanggar konkrit penghadang jalan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian kumpulan penjenayah terbabit dipercayai meninjau rumah di Taman Sri Rampai, Wangs Maju di sini, sebelum disedari seorang anggota polis yang tinggal di situ jam 6.15 petang.

Katanya, anggota berkenaan melihat kehadiran kereta dengan dua nombor pendaftara­n belakang yang dipasang bertindih sebelum menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk memohon bantuan membuat semakan.

“Namun, sebaik anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju tiba, suspek memecut kenderaan sehingga ke persimpang­an lampu isyarat di Seksyen 2 Wangsa Maju.

“Di situ, polis cuba menahan mereka namun suspek melanggar beberapa kenderaan di kiri dan kanan jalan selain melanggar seorang anggota polis yang menunggang motosikal.

“Tindakan suspek menyebabka­n anggota polis itu cedera lalu melepaskan dua das tembakan ke tayar belakang kiri kereta penjenayah sebelum mereka memasuki Lebuhraya DUKE dari arah bertentang­an,” katanya, kelmarin.

Menurut sumber, sepanjang cubaan melarikan diri itu kenderaan dipandu suspek melanggar beberapa kenderaan lain yang melalui laluan lebuh raya berkenaan.

Katanya, empat suspek diberkas di lokasi kereta mereka terbabas dan polis turut menemui beberapa peralatan seperti alat membuka kunci, spanar, pemutar skru, pemotong kunci, beberapa unit telefon bimbit serta peralatan lain dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahka­n penahanan empat suspek terbabit dan mereka direman, semalam untuk siasatan.

“Siasatan terhadap suspek mendapati mereka dipercayai terbabit kegiatan jenayah di sekitar Lembah Klang.

“Kami mengadakan sidang

“Siasatan terhadap suspek mendapati mereka dipercayai terbabit kegiatan

jenayah di sekitar Lembah Klang

Mazlan Lazim  4 lelaki lari daripada polis ditahan selepas kereta terbabas

media berhubung penahanan itu, esok (hari ini),” katanya selepas Majlis Penganuger­ahan dan Penghargaa­n kepada Ketua Polis Balai Cemerlang bagi Kaji Selidik Perception of Crime Indicator (PCI) 2017 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

FAKTA

Kehadiran suspek ketika meninjau rumah mangsa disedari polis

menyebabka­n rancangan pecah rumah

tergendala

 ??  ?? KERETA dinaiki suspek melanggar konkrit penghadang jalan di Lebuhraya DUKE.
KERETA dinaiki suspek melanggar konkrit penghadang jalan di Lebuhraya DUKE.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia