Harian Metro

Suspek maut terbabit kes samun

-

Seremban: Dua penjenayah yang maut dalam kejadian berbalas tembakan di Persiaran Ainsdale Selatan di sini, awal pagi semalam dipercayai terbabit beberapa kes samun dan pecah rumah di negeri ini dan Selangor.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, identiti kedua-dua suspek berusia 30-an itu bagaimanap­un belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan, kejadian berlaku apabila polis yang menjalanka­n rondaan melihat Honda City dalam keadaan mencurigak­an di Jalan Seremban 2-Labu di sini, lalu mengarahka­n pemandu memberhent­ikan kenderaan jam 3.15 pagi.

“Sebaliknya, suspek memecut sebelum dikejar polis sejauh dua kilometer dan menghalang kenderaan mereka di lokasi kejadian.

“Suspek yang duduk di bahagian penumpang hadapan melepaskan empat das tembakan manakala pemandu meluru keluar dan melibas parang ke arah polis.

“Polis melepaskan lima das tembakan ke arah kedua-dua suspek bagi mempertaha­nkan diri, sekali gus menyebabka­n kedua-duanya maut di tempat kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superinten­dan Adzli Abu Shah serta Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh.

Noor Azam berkata, mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat termasuk mengenal pasti identiti sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Katanya, pemeriksaa­n ke atas kereta yang digunakan suspek menemui sepucuk Revolver .38 berisi empat kelongsong peluru dan dua peluru hidup serta dua parang, lima nombor plat palsu selain beg berisi peralatan pecah rumah serta 17 peluru hidup.

 ??  ?? ANTARA peralatan pecah rumah yang ditemui di dalam kenderaan suspek.
ANTARA peralatan pecah rumah yang ditemui di dalam kenderaan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia