Harian Metro

Bekal air ketum untuk pelajar

-

Seri Iskandar: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita Indonesia dalam serbuan di rumah di Iskandar Perdana di sini, Ahad lalu, kerana menjadikan kediaman mereka tempat memproses air ketum dan menjualnya kepada penuntut beberapa institusi pengajian tinggi (IPT).

Dalam serbuan jam 2.30 petang, polis merampas 83 liter air ketum bersama 133 botol air ketum diproses, 500 botol kosong serta empat kilogram daun ketum belum diproses.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sindiket menyasarka­n jualan air ketum kepada penuntut IPT di sekitar daerah itu.

“Kebanyakan pelanggan penuntut IPT, malah ada antara mereka membeli air ketum setiap hari.

“Siasatan mendapati sindiket terbabit memperoleh pendapatan mencecah RM15,000 sebulan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek iaitu lelaki berusia 41 tahun yang ditugaskan menjual serta suspek utama berusia 58 tahun dan isterinya berusia 41 tahun direman empat hari bermula kelmarin hingga esok.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai peralatan memasak dan memproses di premis terbabit.

“Bekalan daun ketum dipercayai diperoleh dari Jejawi, Sungai Buaya dan Titi Gantung, dekat sini,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, suspek berusia 58 tahun itu pernah ditahan atas kesalahan sama pada Jun dan November tahun lalu.

Beliau berkata, untuk kes pertama, suspek didendaRM2,500 manakala kes kedua dalam proses pendakwaan.

 ??  ?? MOHAMAD Zainal (tengah) menunjukka­n air dan daun ketum yang dirampas.
MOHAMAD Zainal (tengah) menunjukka­n air dan daun ketum yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia