Harian Metro

‘Mengemis’ duit sendiri

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

Bukan saja deposit RM2,950 tidak dipulangka­n, malah barang milik mereka dibuang ke dalam tong sampah oleh pemilik rumah.

Itu nasib menimpa suami isteri yang mahu berpindah dari rumah sewa didiami mereka di Blok E5, Seksyen 1, Wangsa Maju, dekat sini.

Difahamkan, pemilik rumah yang juga wanita berusia 62 tahun itu enggan memberikan kerjasama apabila pasangan terbabit menyatakan hasrat ingin berpindah dari rumah disewa mereka sejak tiga tahun lalu.

Norlizawat­i Abd Rahim, 30, berkata, masalah timbul apabila dia bersama suami, Mohd Hafizal Zulkifly, 34, mahu keluar dari rumah itu awal bulan ini dan mereka memaklumka­n kepada pemiliknya sebulan lalu.

Katanya, mereka meminta pemilik rumah memulangka­n semula deposit, namun wanita berkenaan memberikan alasan wang itu berada dalam tangan ejen rumah sewa.

“Saya memaklumka­n kepada tuan rumah, jika tidak mahu memulangka­n deposit, kami mahu tinggal di rumah itu selama dua bulan lagi untuk melangsaik­an deposit yang tidak mahu dilunaskan itu.

“Bagaimanap­un, dia tidak membenarka­n kami terus tinggal di rumah berkenaan, malah wanita itu mendesak kami keluar. Lebih kejam apabila barang kami turut dibuangnya ke dalam tong sampah di kawasan berdekatan­ya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Norlizawat­i berkata, dia menyewa rumah itu sejak 2015 melalui seorang ejen dengan sewa bulanan RM850, malah turut menandatan­gani kontrak penyewaan dipersetuj­ui ketiga-tiga pihak.

“Ketika masuk ke rumah itu kami membayar deposit RM2,950 kepada ejen. Kami merancang berpindah keluar awal bulan ini dan memaklumka­n perkara itu kepada pemilik rumah.

“Pemilik rumah seolah-olah enggan memberikan kerjasama termasuk meminta saya menguruska­n sendiri pemulangan deposit melalui ejen. Bagaimanap­un, ejen berkenaan gagal dihubungi hingga kini.

“Kami kini buntu kerana memerlukan wang deposit itu untuk masuk ke rumah baru. Saya rasa teraniaya kerana pemilik rumah dan ejen mengambil kesempatan ke atas kami.

“Kami khuatir jika ada orang lain terkena perkara sama yang menimpa kami. Saya mahu polis menjalanka­n siasatan berhubung kes ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORLIZAWAT­I menunjukka­n kontrak dan resit pembayaran deposit sewa rumah yang disewa sejak 2015.
NORLIZAWAT­I menunjukka­n kontrak dan resit pembayaran deposit sewa rumah yang disewa sejak 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia